19/08/2023
"KISAH UNTUK DIKENANG ❤️"
Alhamdulillah, semalam berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Liga Dun Kuala Berang Piala Dr. Mamad Bin Puteh 2023. Alhamdulillah juga Kuala Berang City FC berjaya bergelar juara untuk edisi kali ini.
Satu perjalanan yang penuh berliku, selepas dua perlawanan pertama hanya berjaya mengutip satu mata sahaja dan perlu bergantung pada result perlawanan lain untuk terus 'survive' serta wajib menang dua perlawanan terakhir peringkat kump**an.
Alhamdulillah berjaya menjadi naib juara kump**an namun di undi p**a berdepan laluan penuh getir bersama sama dua pasukan pilihan dan Alhamdulillah rezeki masih berpihak pada pasukan KBFC, menang perlawanan suku serta separuh akhir dan layak ke perlawanan akhir.
Dalam perlawanan akhir, KBFC ketinggalan 2 kali sebelum bangkit mendahului di minit minit akhir perlawanan hasil jaring 'MVP' Kejohanan Afiq bin Che Osman dan dinobatkan sebagai Juara untuk edisi 2023.
Hampir dua bulan bersama sebagai sebuah keluarga. Ranjau kekalahan, tekanan dan laluan berliku kita semua berjaya tempuhi sehingga ke hari semalam dimana sejarah baru tercipta iaitu Kuala Berang berjaya menjulang Piala YB ADUN buat kali pertama semenjak dipertandingkan 20 tahun lepas.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang memberikan semangat juang yang tinggi bermula di peringkat kump**an sehingga ke perlawanan akhir semalam dalam merealisasikan kejuaraan yang kita kecapi di tiupan wisel penamat adalah satu kejuaraan yang cukup manis untuk kita kenangkan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat penaja utama, para penaja dan yang paling penting untuk semua penyokong yang menyokong dan mendoakan KBFC untuk kejohanan kali ini. Yang jauh, yang dekat, yang muda , yang tua, KB CITY FC Untuk Semua ❤️
Penaja Utama:-
DJeneris Diversity SDN BHD (DDSB)
Para penaja:-
Zr_pro
MYZ Q RESOURCES
JPKK Bandar Kuala Berang
JPKK Taman Kenanga
JPKK Kg Rahmat
JPKK Sungai Petai
Restoran's Evo
Ngeng Gadget
Dessert House
KEDAI CADAR MURAH Terengganu (Zawish)
A & L Energy
Dan semua sekali yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, Terima kasih semua ❤️🏆
"WE PLAY TOGETHER, WE WIN TOGETHER, WE LOST TOGETHER, WE STAY TOGETHER".
REFUSE TO LOSE 🏆