03/05/2026
MAJLIS SELANGKAH GURU 2026. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Majlis Selangkah Guru 2026 bagi anak gelanggang Silat Melayu Keris Lok 9 (Kulai & Kota Tinggi) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh adat dan tertib di Kolej Komuniti Kota Tinggi.Majlis ini bukan sekadar sebuah acara, tetapi merupakan simbolik bermulanya fasa baharu bagi para pesilat dalam mendalami khazanah warisan bangsa. Di sini, semangat diperkukuh, ukhuwah dipererat, dan tekad digenggam kemas.