Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar Official

Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar Official Silat Seni Gayong Yang Diasaskan & Dicipta Oleh Allahyarham Dato Daeng Meor Abd Rahman Bin Daeng Uda Hashim.

Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar (PSSGCSM) bergerak aktif disekitar Daerah Kota Tinggi, Johor.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πŸŒ™βœ¨Semoga kemenangan disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkat...
20/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πŸŒ™βœ¨
Semoga kemenangan disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkatan 🀍

Ramadhan yang telah kita lalui bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi sebagai madrasah untuk mendidik jiwaβ€”mengajar sabar, keikhlasan dan memperbanyakkan amalan. Moga segala ibadah kita diterima dan menjadi bekalan berpanjangan.

Pergi ke desa membeli selasih,
Singgah sebentar di tepi perigi,
Ramadhan pergi meninggalkan kasih,
Aidilfitri diraikan penuh suci.

Pagi hari pergi ke pekan,
Singgah membeli kuih dan lemang,
Salah dan silap mohon dimaafkan,
Moga ukhuwah kekal selamanya tenang.

*IKHLAS DARIPADA KAMI: JURULATIH & AJK PSSGCSM ZON AIR TAWAR.*❀️

πŸ“Έ Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Gelanggang Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia (Mawai Baru) dengan kerjasama dan anju...
30/10/2025

πŸ“Έ Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Gelanggang Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia (Mawai Baru) dengan kerjasama dan anjuran JPKK Kg. Mawai Baru.

Jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan terutama Penghulu Mukim, Ketua Kampung Mawai baru, pihak JPKK Kg. Mawai baru, Ibu bapa dan semua yang hadir menyokong pembukaan gelanggang baru.

Semangat, doa, dan sokongan anda semua menjadi pembakar semangat untuk kami meneruskan perjuangan memartabatkan seni silat. πŸ’ͺ

Bagi memupuk dan membudayakan kelestarian silat serta melahirkan generasi yang aktif, berwibawa dan berani, kami mempelawa semua yang berhampiran untuk mengikuti gelanggang latihan kami pada ketetapan berikut!

πŸ“ : Dewan Kg. Mawai Baru
πŸ—“οΈ : Selasa (Malam)
⏰ : 2030PM - 2230PM

Silat dapat membentuk jati diri, ketahanan fizikal dan mental. Membudayakan nilai-nilai murni serta mengenal serta menghayati seni mempertahankan diri orang melayu. Ayuh sertai kami dan rasai keindahan seni warisan bangsa! Jumpa anda disana.

Untuk pendaftaran:
☎️ Pn. Myra: 013-7947138
☎️ En. Izuan: 011-11147659

Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia




πŸ”₯ JOM BELAJAR SILAT! WARISI ILMU LAMA, JADI PEMUDA PERKASA! πŸ”₯‼️ Anak-anak asyik dengan phone & game?  Kini masa terbaik ...
09/10/2025

πŸ”₯ JOM BELAJAR SILAT! WARISI ILMU LAMA, JADI PEMUDA PERKASA! πŸ”₯

‼️ Anak-anak asyik dengan phone & game?
Kini masa terbaik untuk mereka kuatkan fizikal, disiplin dan jati diri melalui SILAT GAYUNG CULA SAKTI!

πŸ“ Dewan Serbaguna Kg. Tersusun Mawai Baru
πŸ•£ Setiap Selasa | 8.30 - 10.30 malam
πŸ‘• Pakaian: T-shirt gelap + seluar sukan

πŸ’° Yuran mampu milik:
β€’ RM50 daftar Ahli + Yuran Tahunan (1x bayaran)
β€’ RM30 Sebulan

*boleh bayar secara ansuran

πŸ”Ή Latihan selamat & bimbingan mahir
πŸ”Ή Sesuai untuk lelaki & perempuan
πŸ”Ή Tiada had umur – dari remaja hingga dewasa!

🎯 KENAPA WAJIB JOIN?
βœ… Elak gejala sosial
βœ… Bina keyakinan & fokus
βœ… Warisi budaya bangsa!

πŸ“ž Daftar sekarang!
πŸ“² Pn. Myra: 013-7947138
πŸ“² En. Izuan: 011-11147659

Tag mak ayah, ajak geng!

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, tetapi juga mendidik disiplin, hormat-menghormati, dan semangat persaudara...
27/09/2025

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, tetapi juga mendidik disiplin, hormat-menghormati, dan semangat persaudaraan. πŸ’ͺ

Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh biarkan budaya buli berleluasa. Melalui latihan silat, kita belajar kekuatan sebenar bukan untuk menindas, tetapi untuk melindungi.

Kami Dari Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia mempelawa semua lapisan umur bermula 7 tahun sehingga Dewasa untuk turut serta.

πŸ‘‰ Sertai kami dalam latihan silat mingguan yang dijalankan pada ketetapan berikut:

*GELANGGANG TAMAN PASAK INDAH*
πŸ“ Lokasi: Dewan Muafakat Taman Pasak Indah
πŸ—“οΈ Hari: Rabu
⏰ Masa: 2100pm-2300pm

*GELANGGANG TELUK SENGAT*
πŸ“ Lokasi: Surau Ladang Teluk Sengat
πŸ—“οΈ Hari: Khamis
⏰ Masa: 2100pm-2300pm

*GELANGGANG AIR TAWAR 5*
πŸ“ Lokasi: Gelanggang Futsal Air Tawar 5
πŸ—“οΈ Hari: Jumaat
⏰ Masa: 2100pm-2300pm

*GELANGGANG LOK HENG*
πŸ“ Lokasi: SK Lok Heng
πŸ—“οΈ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 1500pm-1700pm

Mari kita bina generasi yang berani berkata TIDAK kepada buli dan sentiasa mengamalkan nilai hormat, berani, dan beradab.

Pertanyaan dan pendaftaran, hubungi maklumat yang tertera:

En. Faizal : http://www.wasap.my/60133098627
En Saharudin: http://www.wasap.my/60183731611

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025Marilah kita sama-sama meraikan kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, deng...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025

Marilah kita sama-sama meraikan kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, dengan penuh rasa cinta dan syukur.

Semoga kita dapat mencontohi akhlak mulia Baginda SAW dan menjadi umat yang berjaya di dunia dan di akhirat.




30 Ogos 2025 | Madrasah At-Tanzil Kg. temenin, Kota TinggiSatu majlis ringkas adat istiadat perlimau tapak dan akur janj...
01/09/2025

30 Ogos 2025 | Madrasah At-Tanzil Kg. temenin, Kota Tinggi

Satu majlis ringkas adat istiadat perlimau tapak dan akur janji serta ujiaan kenaikan bengkong anak-anak gayung Gelanggang Madrasah At-Tanzil, Kg Temenin dan telah disertai oleh seramai 23 orang.

Adat istiadat perlimau tapak adalah majlis akur janji menjadi murid dan ahli silat seni gayong seterusnya memupuk adat berguru dan kesinambungan sanad dan salasilah ilmu Silat Seni Gayung.

Seterusnya ujian kenaikan bengkung adalah untuk menguji tahap kecekapan dan permainan gayung yang telah diajar kepada anak-anak gayung supaya sentiasa siap sedia dan sekaligus memantapkan kualiti, kecekapan, kekemasan permainan para anak-anak gayong. Kesemua anak-anak gayung telah diuji oleh jurulatih kanan dan juga jurulatih daripada Zon - Zon lain.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Irwan merangkap mudir Madrassah At-Tanzil, kepada yang kami muliakan guru kami Cikgu Johari Bin Shuhadak merangkap pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia merangkap Waris Amanah Gayung Cula Sakti Malaysia, kepada Majlis Kegurulatihan Gayung Cula Sakti Johor, Majlis Lembaga Adat Gayung Cula Sakti, Wakil Wakil daripada Zon Warisan Sunan, Zon Pengerang dan Zon Johor Bharu, AJK dan Jurulatih Zon Air Tawar, wakil-wakil penduduk dan para ibu bapa yang terus menerus menyokong pergerakan Gayung Cula Sakti.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. InsyaAllah.

"Silat Gayung di tanah Temenin,
Langkah beradu di gelanggang seni,
Di kaki Panti semangat dipimpin,
Jiwa pahlawan teguh bersemi."

"Gunung Panti megah berdiri,
Tempat berlatih hulubalang desa,
Silat Gayung pusaka negeri,
Teguh menjaga maruah bangsa."

Gunung Panti megah berdiri,
Awan indah bagai lukisan,
Air terjun Kota Tinggi jadi saksi,
Perkhatam lembing pusaka warisan.





βΈ»β€œSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68. Marilah kita mengenang jasa para pejuang tanah air yang telah mengo...
31/08/2025

βΈ»

β€œSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68. Marilah kita mengenang jasa para pejuang tanah air yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi kebebasan negara. Semoga semangat kemerdekaan ini terus menyatukan kita semua, memperkukuh perpaduan, dan menjadi peringatan bahawa tanggungjawab mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan tanah air terletak di bahu setiap rakyat Malaysia. Bersama-sama kita bina Malaysia yang lebih maju, aman dan sejahtera.”

01/07/2025

"Seragam hitam tampak bergaya,
Langkah gagah penuh berani.
Silat Gayung warisan pusaka,
Di Kota Tinggi tetap lestari."

"Pagi subuh berlatih silat,
Tapak berdentum di tanah rata.
Seragam hitam lambang semangat,
Pahlawan lama bangkit semula."

"Tegak pesilat di bawah suria,
Ilmu Gayung disulam mesra.
Kota Tinggi penuh sejarah,
Johor Lama tempat bermakna."

28 Jun 2025 | SK Felda Lok Heng, Kota TinggiAlhamdulillah Seramai 38 orang Anak Gayung  telah mengikuti adat istiadat pe...
30/06/2025

28 Jun 2025 | SK Felda Lok Heng, Kota Tinggi

Alhamdulillah Seramai 38 orang Anak Gayung telah mengikuti adat istiadat perlimau tapak & seni serta ujian kenaikan bengkung yang berlangsung di SK Felda Lok Heng, Kota Tinggi. Adat istiadat perlimau tapak & seni adalah majlis akur janji menjadi murid dan ahli silat seni gayong seterusnya memupuk adat berguru dan kesinambungan sanad dan salasilah ilmu Silat Seni Gayung.

Seterusnya ujian kenaikan bengkung adalah untuk menguji tahap kecekapan dan permainan gayung yang telah diajar kepada anak-anak gayung supaya sentiasa siap sedia dan sekaligus memantapkan kualiti dan kecekapan para anak-anak gayong. Kesemua anak-anak gayung telah diuji oleh jurulatih kanan dan juga jurulatih daripada Zon - Zon lain.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK Felda Lok Heng, Cikgu Mohamad Nor Bin Misran, Pengerusi Pertubuhan merangkap waris amanah Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Cikgu Johari Bin Shuhadak, Majlis Kegurulatihan Gayung Cula Sakti Johor, Majlis Lembaga Adat Gayung Cula Sakti, Wakil Wakil daripada Zon Warisan Sunan, Zon Pengerang dan Zon Johor Bharu, AJK dan Jurulatih Zon Air Tawar, wakil-wakil penduduk dan para ibu bapa yang terus menerus menyokong pergerakan Gayung Cula Sakti.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. InsyaAllah.

"Naik perahu ke Sungai Panti,
Singgah sebentar di Kota Tinggi.
Silat warisan pusaka sejati,
Di Lok Heng gagah berani berdiri."

"Angin bertiup dari Gunung Panti,
Bunyi gendang memecah pagi.
hulubalang sejati di Kota Tinggi,
Menjaga aman kampung sendiri."

"Dari Kota Tinggi ke Teluk Ramunia,
Bertemu pendekar di tengah kota.
Silat diajar bukan suka-suka,
Ilmu diwaris penuh berkat dan doa."

"Berburu kepadang datar,
Dapat rusa belang dikaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi"





"Hijrah bukan hanya berpindah tempat, tapi berpindah dari gelap menuju cahaya, dari dosa menuju taubat.”
26/06/2025

"Hijrah bukan hanya berpindah tempat, tapi berpindah dari gelap menuju cahaya, dari dosa menuju taubat.”

Latihan Mingguan @ Taman Pasak IndahLatihan di Gelangang di Taman Pasak Indah diadakan pada hari Rabu, jam 9.00malam hin...
25/06/2025

Latihan Mingguan @ Taman Pasak Indah

Latihan di Gelangang di Taman Pasak Indah diadakan pada hari Rabu, jam 9.00malam hingga 11.00malam bertempat di Dewan Muafakat Taman Pasak Indah.

Pengambilan Ahli baru untuk kesemua gelanggang dibawah seliaan Zon Air Tawar masih dibuka. Dijemput kepada semua yang berhampiran untuk turut serta dan hadir untuk mempelajari seni silat legasi peninggalan orang melayu, kalau bukan kita sebagai melayu islam, siapakah lagi. Ayuhhh

Address

Felda Air Tawar 5
Kota Tinggi
81920

Opening Hours

21:00 - 23:00

Telephone

+60133098627

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share