21/04/2026
Jom!
SERTAI MAYOR’S CUP PETANQUE DOUBLE OPEN YANG AKAN BERLANGSUNG PADA HUJUNG MINGGU INI
Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Persatuan Sukan Boules Sabah serta Kelab Boules Bayu akan menganjurkan Mayor’s Cup Petanque Double Open, pada perincian berikut:
📆 25-26 April 2026, Sabtu dan Ahad
📍 Taman Awam, Teluk Likas
Peminat sukan petanque dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 April 2026 (Rabu), pada pukul 10.00 malam.
Hadiah utama bernilai RM5,000 menanti pasukan yang dinobatkan sebagai juara, selain pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Bagi yang belum mengenali sukan petanque, ayuh turun beramai-ramai untuk menyaksikan Mayor’s Cup Petanque Double Open yang bakal menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia, sambil mengambil peluang melihat sendiri pertandingan dan mempelajari asas sukan ini dengan lebih dekat.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi talian berikut:
016-8423924 - Mr. Neffy (Urus Setia)
013-8502850 - Encik Wahadhir Hamdan (Pendaftaran)
Ayuh, sertai kemeriahan Mayor’s Cup Petanque Double Open, di mana semangat, strategi dan kehebatan bertemu!
Sumber Info dan Foto: Kelab Boules Bayu, DBKK
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK