09/11/2025
📢 KEM “RISE-UP THE CHAMPION” – PENUTUPAN RASMI! 🏆🔥
💡 Lima hari penuh latihan, ilmu, dan inspirasi akhirnya melabuhkan tirai! Kem “Rise-Up The Champion” telah menjadi medan persiapan penting bagi atlet PARA Sabah dalam misi menuju PARA SUKMA 2026!
📌 Majlis penutupan disempurnakan oleh:
🔹 Yang Berusaha Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (Mewakili Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah).
✨ Kemuncak majlis penutupan:
✅ Ucapan Penutupan oleh Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, menekankan bahawa mentaliti juara dibentuk melalui disiplin, komitmen, dan semangat berpasukan!
✅ Recap Video – Mengimbau detik penuh semangat dan usaha para atlet sepanjang kem berlangsung.
✅ Penyampaian hadiah kepada peserta terbaik sebagai penghargaan kepada atlet yang menunjukkan prestasi luar biasa.
💪 Kem ini telah berakhir, tetapi semangat yang dibina akan terus menyala! Sabah kini lebih bersedia untuk mencipta kejayaan di PARA SUKMA 2026!
🎥 Saksikan sorotan penuh dalam video penutupan ini! ⬇️