07/06/2020
[KES] TERCEKIK IKAN PUYU HIDUP
Seorang lelaki yang berusia 19 tahun di kejarkan ke Hospital Sibu ,Sarawak dalam keadaan sesak nafas kerana tercekik suatu objek.
Tercekik tulang ikan adalah satu perkara biasa, bagaimana p**a dengan tercekik ikan hidup?
Ya, objek yang menyendal saluran pernafasan lelaki malang ini adalah seekor ikan puyu hidup yang bersaiz 15 cm!
Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang bertungkus lumus menyangkut ikan hidup itu di mata kail untuk di gunakan sebagai umpan memancing.
Mangsa tiba di hospital dalam keadaan sesak nafas. Ekor ikan terjuntai keluar dari mulut pesakit dan masih bergerak gerak menandakan ia masih lagi hidup.
Ikan puyu sememangnya diketahui mampu terus hidup tanpa air kerana memiliki organ pernafasan yang istimewa. Juga di kenali dengan nama Climbing perch, ikan ini mampu hidup di darat selama 6 hari!
Satu peralatan fiber optik fleksibel dimasukkan menerusi rongga hidung untuk melihat keadaan di dalam ruang tekak dan saluran pernafasan mangsa.
Kepala ikan yang masih hidup itu didapati telah menyekat saluran pernafasan mangsa. Cubaan untuk mengeluarkan ikan itu dari mulut gagal.
Pesakit dalam kesakitan dan sekiranya cara paksaan di gunakan untuk mengeluarkan ikan tersebut, pesakit akan bertambah terseksa.
Akhirnya, pasukan perubatan membuat keputusan untuk menebuk leher mangsa untuk membolehkan mangsa bernafas dan membolehkan prosedur seterusnya di lakukan.
Pesakit di bius secara keseluruhan dan prosedur mengeluarkan ikan tersebut di lakukan di bilik pembedahan.
Walaupun mangsa telah di bius sepenuhnya, pasukan perubatan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan ikan tersebut kerana ikan puyu memiliki sirip berduri yang tajam.
Sekira tidak berhati hati, ia akan mengakibatkan kecederaan serius kepada mangsa. Akhirnya dengan manip**asi dan pelbagai cubaan, pasukan perubatan berjaya mengeluarkan ikan tersebut dalam keadaan yang sempurna!
Saluran tiup sementara di gunakan untuk memastikan luka dan kecederaan pulih. 3 hari kemudian, saluran pernafasan yang di tebuk di leher di tutup. Pesakit di benarkan p**ang 5 hari kemudian.
Ternyata kejadian ini memberi pengajaran dan pengalaman buat pesakit dan pasukan perubatan yang terlibat. Kes sebegini jarang berlaku dan oleh kerana itu, pasukan perubatan telah mencatatkan segara prosedur dalam journal saintifik untuk perkongsian dan manfaat bersama.
Rujukan
Tang, Mee & S Ching, L & Brito-Mutunayagam, S & Govindaraju, Revadi. (2013). Fish in throat: An Unusual Foreign Body. The Medical journal of Malaysia. 68. 469-70.
http://www.e-mjm.org/2013/v68n6/fish-in-throat.pdf
Post asal: Public Health Malaysia