31/08/2026
🇲🇾 SKUAD ANTIDADAH DUA RODA | SEMARAK KEMERDEKAAN SABAH 🇲🇾
Dengan penuh semangat patriotik, Skuad Antidadah Dua Roda turut mengambil bahagian dalam Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Negeri Sabah, sebagai tanda kecintaan kepada tanah air serta komitmen bersama dalam membina masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah.
Penyertaan ini merupakan salah satu pengisian Sabah Moto Day, yang bukan sekadar menghimpunkan komuniti permotoran, tetapi turut membawa mesej kesedaran, perpaduan, keselamatan dan gaya hidup sihat kepada seluruh masyarakat.
Skuad Antidadah Negeri Sabah Skuad Antidadah Tawau@