14/05/2022
BODY COMPOSITION Vs BMI ππ
Komposisi Tubuh meliputi kandungan otot dan lemak tubuh. Komposisi Tubuh yang sesuai bagi seseorang atlet bergantung kepada sukan yang disertai. Antara ujian yang dijalankan bagi menilai Komposisi Tubuh atlet ialah Ujian Ketebalan Lipatan Kulit (Skinfold Thickness) dan Bioelectrical Impedance Analysis.
BMI atau Indeks J***m Tubuh (Berat / [Tinggi x Tinggi]) p**a mengukur kesesuaian tinggi dengan berat seseorang untuk dihubungkan dengan status kesihatan. Kategori bagi BMI adalah Kurang Berat Badan (Underweight), Normal, Berlebihan Berat Badan (Overweight), dan Obesiti.
Walaubagaimanapun, sekiranya BMI digunakan bagi penilaian ke atas atlet khasnya, berkemungkinan akan berlaku penilaian secara berlebihan atau "overestimate".
Ini kerana terdapat atlet dikategorikan sebagai Berlebihan Berat Badan (Overweight) dan Obesiti kerana Komposisi Tubuh yang berat akan tetapi berat mereka meliputi kandungan otot dalam badan dan bukannya lemak semata-mata.
Sebagai contoh atlet sukan tempur atau "Combat Sports" seperti Silat yang bermain dalam Kelas J iaitu kategori yang memerlukan atlet berada pada berat lingkungan 90 ke 95 Kilogram agar "In" dalam kategori tersebut. Sekiranya atlet mempunyai ketinggian kurang 190 cm, pastinya akan dikategorikan sebagai Berlebihan Berat Badan atau "Overweight" jika menggunakan formula BMI. Walhal, atlet tersebut berkemungkinan mempunyai berat lebih kerana kandungan otot.
Dengan peningkatan berat badan atlet seperti di atas yang dipengaruhi peningkatan otot dan tidak melebihi Berat Badan 95 Kilogram akan mempengaruhi kekuatan atlet dari aspek fizik iaitu momentum (Momentum = J***m x Halaju) seperti kekuatan tumbukan atau tendangan. Semakin tinggi berat atlet, semakin besar momentum (kekuatan tumbukan/tendangan) yang akan dihasilkan.
Oleh itu, penggunaan Komposisi Tubuh lebih sesuai berbanding BMI dalam membantu menilai dan memantau prestasi atlet khususnya dan BMI lebih sesuai digunakan untuk saringan status kesihatan khususnya orang awam yang berbeza "lifestyle" dengan atlet yang merangkumi latihan dan pemakanan atlet yang menjurus ke arah prestasi optimum dalam sukan yang disertai.