20/05/2026
CABARAN PANAHAN BERKUDA JEMPUTAN SABAH 2026
01 & 02 JUN 2026
π THE STABLE, TUARAN, Sabah
TUARAN, Sabah β Sukan memanah berkuda bakal mencuri tumpuan apabila Cabaran Panahan Berkuda Jemputan Sabah 2026 akan dianjurkan pada 01dan 02 Oktober 2025 bertempat di THE STABLE, TUARAN. Acara ini menghimpunkan pemanah berkuda jemputan dari Sabah, Sarawak dan Labuan, menjadikannya antara pertandingan berprestij yang mengangkat sukan warisan ke pentas lebih tinggi.
Penganjuran ini adalah hasil kerjasama strategik antara Sabah Horseback Archery Association (SAHOBART), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Liga Memanah Berkuda Malaysia (LMBM). Sebagai badan induk sukan memanah berkuda negara, Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia (MHAF) menyambut baik inisiatif ini dan menyokong penuh usaha memperluas penyertaan serta pendedahan sukan ini kepada masyarakat umum.
Pertandingan ini bukan sahaja memperkukuh jaringan komuniti pemanah berkuda, malah menjadi platform penting dalam memperkenalkan keunikan dan nilai budaya sukan ini kepada orang awam khususnya di Sabah. Para pengunjung berpeluang menyaksikan aksi memukau para pemanah berkuda, mengenali sejarah dan teknik sukan ini serta menikmati pelbagai aktiviti sampingan yang disediakan.
Link untuk pendaftaran*....
www.wasap.my/6011-55072786/CPBSJ26