07/12/2017
Perkongsian:
Dr. Hasnol Noordin
Deputy Director (Student Development)
Universiti Malaysia Sabah
Cipta sejarah baru?
Sebenarnya, skuad ragbi negara telah mencipta banyak sejarah baru pada Mei 2017 lalu.
Ini admin kongsikan.
FAKTA RAGBI ASIA
Tahukah anda bahawa;
1. Malaysia merupakan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yg berjaya menjadi juara Divisyen-1 secara 2 tahun berturut-turut. (2016 & 2017)
2. Pertama kali dalam sejarah kuasa ragbi Asia, Sri Lanka, mereka tewas kpd pasukan Asia Tenggara tanpa sebarang 'try' & Malaysia merupakan pasukan Asia Tenggara pertama yg berjaya menghalangnya.
Selain itu, terdapat fakta lain bahawa;
1. Pertama kali dlm sejarah, Malaysia layak ke Asian Rugby Championship 2018 (Asian Tri-Nations 2018), kejohanan ragbi tahap tertinggi bagi 3 pasukan terkuat di benua Asia.
2. Pertama kali dlm sejarah, Malaysia berjaya menempatkan diri di dalam kejohanan kelayakan Ragbi Piala Dunia. (Piala Dunia 2019)
3. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia merekodkan kemenangan bersih 100% dlm sejarah penyertaan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen-1.
4. Pertama kali dlm sejarah, Malaysia berjaya menewaskan salah satu kuasa ragbi ASEAN, Filipina dgn score 40 - 8.
* 6 tahun dahulu, pada Kejohanan Ragbi Asia 2011 (Div-1); Malaysia 20 - 86 Filipina.
5. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia berjaya menembusi kelompok 50 pasukan ragbi terbaik dunia. (WR-47)
6. Pertama kali dalam sejarah, Malaysia tersenarai di dalam 5 pasukan ragbi terkuat Asia.
P/s:
Teruskan berdoa utk semua sukan di Malaysia.