01/11/2026
🌶️ BELAJAR BUAT SAMBAL, BOLEH JADI SUMBER PENDAPATAN!
Aktiviti 6| APPGM-SDG Y26-SP152
Kali ini kami belajar buat Sambal Penyet, Ibu Sambal dan Sayur Fermentasi (Bosou) bersama peserta projek.
Kenapa kami pilih sambal?
Sebab sambal ni memang dekat dengan kehidupan kita. Kadang-kadang kalau tiada lauk di rumah, ada nasi panas dengan sambal pun sudah cukup mengenyangkan. 😋
Sambal yang kami buat hari ini adalah:
🌶️ Sambal Penyet – Boleh terus makan dengan nasi, ayam, ikan atau apa saja lauk.
🍳 Ibu Sambal– Lagi senang! Boleh buat sambal bilis, sambal udang, sambal ayam dan macam-macam lagi. Jimat masa memasak.
Bosou Sayur : Sayur2 seperti carrot, tuhau, losun, nangka dan macm2 lagi Sayur kita boleh ferment. Selepas 7 hari boleh ditumis balik dan makan dengan nasi panas. Sedappp..
Kami mahu peserta belajar sesuatu yang bukan saja berguna untuk keluarga sendiri, tetapi boleh juga dijadikan produk untuk menambah pendapatan.
Tidak semestinya kena mula dengan bisnes besar. Mula kecil-kecil dulu, belajar buat produk yang sedap, jaga kualiti, kemudian cuba jual.
Yang penting ada kemahuan untuk belajar dan berusaha. 💪
Lepas ni kita bikin p**a Ginger Candy pada 4 November 2026. Ada yang mau join?
Sedikit demi sedikit, kita bina kemahiran dan peluang untuk komuniti.
Terima kasih kepada APPGM-SDG atas sokongan dan bantuan dana yang diberikan untuk menjayakan projek komuniti ini. 💚
Semoga kami dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin, serta memastikan setiap aktiviti yang dijalankan benar-benar memberi manfaat dan membuka peluang pendapatan kepada peserta.
Sedikit demi sedikit, kita usaha bersama untuk membawa perubahan kepada komuniti.🌱🙏