01/04/2026
Ucapan Tahniah.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Michelle Koh Sui Ling, Presiden Kelab Kecergasan Fizikal Fuze Sabah atas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) yang membawa gelaran Datuk, sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-75 pada 30 Mac 2026.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, dedikasi dan sumbangan cemerlang Datuk Michelle Koh dalam memperkasa gaya hidup sihat serta memajukan komuniti melalui aktiviti kecergasan di Sabah.
Semoga YBhg. Datuk Michelle Koh terus diberi kejayaan, kesihatan yang berpanjangan dan kekuatan untuk menerajui serta mengharumkan nama kelab ke tahap yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada
Warga Kelab Kecergasan Fizikal Fuze Sabah 💙