28/05/2026
Ulasan menarik ๐๐ป
GORDON KE BARCELONA! CUKUP DUIT KE?
FC Barcelona nak beli Anthony Gordon dari Newcastle United F.C.. Tapi macam mana p**a dengan Marcus Rashford?
Ramai ingat kalau Gordon lebih mahal, automatik dia lebih susah dibeli oleh FC Barcelona.
Tetapi dalam dunia bola sepak moden terutama bawah peraturan Financial Fair Play (FFP), benda paling penting bukan sekadar harga transfer tetapi berapa besar โbeban tahunanโ terhadap akaun kelab.
Sebab itu walaupun Gordon mungkin berharga sekitar โฌ70 juta, kos tahunannya kepada Barcelona sebenarnya tidak semestinya jauh lebih mahal daripada Rashford.
Di sinilah muncul satu istilah penting yang dipanggil โamortizationโ.
Apa maksud amortization ni?
Ni ialah cara kelab โpecahkanโ kos transfer pemain ikut tempoh kontrak dan bukan bayar semua dalam akaun satu musim sahaja.
Contohnya:
- Barcelona beli Gordon dengan kontrak 5 tahun, kos โฌ70 juta itu akan dibahagi kepada lima musim.
- Jadi dalam akaun FFP, Barcelona hanya rekod sekitar โฌ14 juta setahun sebagai kos transfer melalui sistem amortization.
- Lepas tambah gaji kasar sekitar โฌ11 juta setahun, jumlah keseluruhan jadi kira-kira โฌ25 juta setahun.
Untuk Rashford p**a:
- walaupun harga transfer mungkin sekitar โฌ30 juta sahaja dengan kontrak 3 tahun, kos amortization tahunan masih sekitar โฌ10 juta setahun.
- Tetapi sebab gaji Rashford lebih tinggi sekitar โฌ14 juta kasar setahun, total kos FFP dia jadi sekitar โฌ24 juta semusim.
Maksudnya Anthony Gordon dan Marcus Rashford sebenarnya hampir menggunakan ruang FFP yang sama walaupun harga transfer mereka sangat berbeza.
Ini menunjukkan dalam bola sepak moden, gaji pemain kadang-kadang lebih โmembunuhโ akaun kelab berbanding harga transfer itu sendiri.
Bayangkan Barcelona ada ruang FFP sekitar โฌ50 juta setahun untuk pemain baru.
Kalau mereka ambil Gordon, sekitar โฌ25 juta ruang dah digunakan. Kalau ambil Rashford p**a sekitar โฌ24 juta digunakan.
Jadi kedua-dua pemain hampir โmakanโ ruang kewangan yang sama. Sebab itu sekarang banyak kelab besar Eropah lebih fokus kepada struktur kontrak panjang, amortization dan kawalan gaji supaya mereka tidak melanggar had kewangan La Liga dan UEFA.