PSSCM MML

PSSCM MML PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KELAS LATIHAN MML

ASSALAMUALAIKUM WBT..DIMAKLUMKAN JURUAUDIT PSSCM CAWANGAN KELANTAN & TENAGA PENGAJAR PSSCM MAAHAD MUHAMMADI LELAKI*NIK M...
28/09/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT..

DIMAKLUMKAN JURUAUDIT PSSCM CAWANGAN KELANTAN & TENAGA PENGAJAR PSSCM MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
*NIK MOHAMMAD SYAHRUL AZIM BIN NIK YUSOF* TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PAGI INI..

*Semoga roh Arwah Azim dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.*

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ،
وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ،
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ،
وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ
وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ،
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ،
وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ
وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah,
ampunilah baginya
dan kasihilah dia
dan afiatkan dia
dan maafkanlah kesalahannya
dan muliakan kedudukannya
dan lapangkan kuburnya
dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin.
Bersihkanlah dia dari kesalahannya
sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran,
dan gantikanlah kampung nya
dengan kampung yang lebih baik
dan ahli keluarganya yang baik,
suami/isteri yang lebih baik.
Masukkanlah dia ke dalam syurga
dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya
dan dari seksa neraka.”

اللّهمّ اجعل قبره روضة من رياض الجنّة... ولا تجعل قبره حفرة من حفر النّيران..

25/06/2025
09/03/2025

Assalamualaikum wbt…

Hari ini…
Merupakan tarikh bersejarah bagi Silat Cekak.

05 Ramadhan.
Hari di mana Silat Cekak kembali dizahirkan.

60 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Pelbagai dugaan, onak dan duri dilalui dalam usaha untuk mengembangkan Silat Cekak Malaysia.

Pun begitu, Silat Cekak kekal terpelihara, malah semakin berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kini, Silat Cekak Malaysia diperluaskan lagi ke peringkat Tunas sehingga PSSCM berjaya menzahirkan silibus mata pelajaran untuk kanak-kanal seawal usia 7 tahun.

Bukan itu sahaja, Silat Cekak juga semakin berkembang ke IPT-IPT dan mula mendapat tempat di kalangan agensi-agensi Kerajaan.

Di hari serta bulan yang baik ini, sama-samalah kita doakan semoga Silat Cekak Malaysia kekal terpelihara, semakin subur serta sentiasa memberikan manfaat yang baik buat semua.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Silat Cekak!

60 Tahun membangun bersama Negara!

Lahirnya CEKAK kerana kesedaran,Bukan bermusuh sebagai tujuan,Untuk mendaulatkan Seni Kebangsaan,Menyesuaikan dengan mak...
31/08/2024

Lahirnya CEKAK kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan Seni Kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna Kemerdekaan.

Pantun Silat Cekak Malaysia, bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2024 iaitu "Malaysia Madani : Jiwa Merdeka".

Sayangi Malaysia, tanah tumpah darah tercinta...

Silat Cekak Malaysia.
Bukan sekadar Silat.

Kami PSSCM MML mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2024!!

30/08/2024

Lahirnya CEKAK kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan Seni Kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna Kemerdekaan.

Pantun Silat Cekak Malaysia, bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2024 iaitu "Malaysia Madani : Jiwa Merdeka".

Sayangi Malaysia, tanah tumpah darah tercinta...

Silat Cekak Malaysia.
Bukan sekadar Silat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024!!

Assalamu'alaikum WBT,YM Datuk Guru Utama, barisan kepimpinan peringkat Pusat & Negeri, barisan Penyelia & Tenaga Pengaja...
20/08/2024

Assalamu'alaikum WBT,
YM Datuk Guru Utama, barisan kepimpinan peringkat Pusat & Negeri, barisan Penyelia & Tenaga Pengajar serta ahli-ahli PSSCM sekalian.

Bertarikh 18 Ogos 2024 pada hari Ahad, jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Abdul Kadir (Dewan terbuka) Maahad Muhammadi Lelaki (MML), telah berlangsung Sesi Penyampaian trofi kejuaraan keseluruhan KWD10 & pingat emas yang disampaikan oleh Tuan Mudir MML Encik Kamarjan bin Abdul Rahman kepada pasukan PSSCM MML yang telah memenangi kejohanan KWD10 bagi acara remaja (putera) baru-baru ini. Seramai 11 orang (10 pesilat & 1 pengurus pasukan) telah dikalungkan pingat emas dan menjulang trofi berprestij ini di hadapan para guru & ratusan pelajar semasa majlis perhimpunan sekolah pada pagi Ahad baru-baru ini. Dengan kemenangan ini mudah-mudahan akan mengangkat Silat Cekak Malaysia di MML sekaligus mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar & warga MML.

Terima kasih.











TAHNIAH PSSCM MML!!!Sekalung TAHNIAH buat Pesilat PSSCM yang mewakili MAAHAD MUHAMMADI LELAKI (MML) kerana berjaya menju...
17/08/2024

TAHNIAH PSSCM MML!!!

Sekalung TAHNIAH buat Pesilat PSSCM yang mewakili MAAHAD MUHAMMADI LELAKI (MML) kerana berjaya menjulang trofi kejuaraan berprestij ini setelah dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN REMAJA (PUTERA) Kejohanan Wajadiri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke 10 (KWD10). Pesilat MML telah merangkul pingat emas KWD10 bagi acara Kategori 1 sekaligus memenangi trofi kejohanan edisi ke 10 ini bagi kategori remaja putera.

15/08/2024

Assalamualaikum..
Tahniah kepada pasukan cawangan Kelantan atas pencapaian dalam Kejohanan Waja Diri ke-10 yang diadakan pada 9 dan 10 Ogos 2024. Moga pencapaian ini dapat diteruskan dan ditingkatkan pada masa hadapan✨✨

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KONTIJEN-KONTIJEN PSSCM MML DENGAN JAYANYA MENGAMBIL KEDUDUKAN JUARA KESELURUHAN TUNAS REMAJA  ...
12/08/2024

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KONTIJEN-KONTIJEN PSSCM MML DENGAN JAYANYA MENGAMBIL KEDUDUKAN JUARA KESELURUHAN TUNAS REMAJA





Dikongsikan keputusan penuh Juara Keseluruhan KWD bagi edisi yang ke 10.

Menang bukan matlamat, tetapi kebersamaan kita itu yang paling utama. Bersama-sama memeriahkan setiap program anjuran PSSCM.

Pun begitu, seronok bila menyaksikan sorakan penonton tatkala pasukan mereka meraih kemenangan dan naik ke pentas.

Yang pastinya buat Tunas dan Remaja. Dapat dilihat keterujaan mereka apabila menaiki pentas untuk menerima hadiah. Ada yang berlari meninggalkan kawan, ada yang turut menangis ketika menerima hadiah, dan macam2 lagi kerenah yang dapat kita saksikan.

Semoga anak2 ini akan terus bersama Silat Cekak Malaysia ketika mereka di menara gading. Merekalah pelapis yang kita harapkan untuk membantu mengembangkan lagi PSSCM.

Buat yang tidak berjaya, jangan putus asa. Jadikan KWD 10 sebagai pembakar semangat anda untuk buat yang lebih baik di edisi akan datang.

Terima kasih KWD 10.
Hingga kita berjumpa lagi di edisi 11.

KWD 10.
Kini melabuhkan tirainya...

08/08/2024

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KELAS LATIHAN MAAHAD MUHAMMADI LELAKI (PSSCM MML)

PEWARIS BANGSA ANAK-ANAK GENERASI ULAMA' & UMARA'

"Lembu sekawan disengat bisa,
Ditimpa p**a dahan mempelam,
Pahlawan dahulu semuanya perkasa,
Dengan jihad berkembanglah Islam."

Bukan kerana silat kita bersilat, sebaliknya bersilat kerana agama & Allah. KWD10 bukan arena pertempuran, sebaliknya medan untuk berbakti demi agama, bangsa & negara.

"Bertanding tidak berbanding,
Bertanding untuk berganding."

Siapa JUARA?
Aku juara, kau pun JUARA,
Engkau dan aku sama JUARA,
Kita semua JUARA,
Bukan HEBAT yang dijunjung,
Bukan MENANG yang disanjung.

Ayuh kita semua bersama & bersatu, bergandingan pada sejalan & sefahaman demi pewaris bangsa anak-anak generasi kita.

PANDANG YANG RAMAI KEPADA YANG SATU,
PANDANG YANG SATU KEPADA YANG RAMAI.













Address

Jalan Tok Guru
Kota Bharu
15400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM MML posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PSSCM MML:

Share