30/08/2026
KEM RAKAN MUDA MELABUH TIRAI, SARAT PENGALAMAN DAN NILAI KEPIMPINAN
KOTA BHARU, 30 Ogos 2026 β Kem Rakan Muda yang berlangsung selama empat hari akhirnya bermula pada 27 hingga 30 Ogos Dherittage Resort & Trainning Bachok melabuhkan tirai dengan jayanya selepas menghimpunkan para peserta dalam pelbagai aktiviti yang sarat dengan pengalaman, pembelajaran dan nilai-nilai positif dalam membentuk generasi muda yang berkeyakinan, berdisiplin serta berketerampilan.
Sepanjang pelaksanaan kem, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menekankan aspek kepimpinan, komunikasi, ikhtiar hidup, kerjasama dan kerja berpasukan. Setiap aktiviti dirangka bagi membentuk keyakinan diri serta meningkatkan kemampuan peserta dalam menghadapi cabaran secara bersama.
Selain itu, pengisian berkaitan semangat kenegaraan dan kecintaan kepada negara turut diterapkan bagi menyemai nilai patriotisme serta melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Aspek ikhtiar hidup p**a memberi peluang kepada para peserta untuk menguji ketahanan diri, kebijaksanaan dan kemampuan menyesuaikan diri dalam situasi yang mencabar. Pengalaman tersebut secara tidak langsung membantu peserta membina keyakinan diri, kemahiran membuat keputusan serta keupayaan menyelesaikan masalah.
Dalam masa yang sama, aktiviti berkump**an yang dilaksanakan sepanjang kem turut memupuk semangat kerjasama, toleransi dan setiakawan. Para peserta perlu berkomunikasi dan saling membantu bagi menyelesaikan tugasan, sekali gus menyedarkan mereka tentang kepentingan peranan setiap individu dalam mencapai sesuatu matlamat secara bersama.
Kem ini turut menjadi platform kepada para peserta untuk membina hubungan persahabatan, bertukar pengalaman serta mengenali potensi diri. Pelbagai cabaran dan pengalaman yang dilalui bersama sepanjang empat hari menjadikan Kem Rakan Muda bukan sekadar sebuah program, malah satu pengalaman pembelajaran yang dapat membentuk sahsiah dan jati diri peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Kem Rakan Muda ini, khususnya para jurulatih, fasilitator, jawatankuasa teknikal serta pasukan media yang sentiasa memberikan komitmen, kerjasama dan dedikasi sepanjang pelaksanaan program.
Sumbangan serta kesungguhan semua pihak dalam memastikan setiap pengisian dan aktiviti berjalan lancar telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada para peserta. Kerjasama erat yang diberikan menjadi antara faktor penting dalam memastikan Kem Rakan Muda dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Program kemudiannya diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta yang telah mengikuti keseluruhan pengisian program. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Turut hadir Puan Norsuzila Ernie binti Zinudin, Pegawai Pemantau dari Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, serta Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penutupan Kem Rakan Muda menyaksikan para peserta membawa p**ang bukan sahaja kenangan manis sepanjang program, malah pelbagai ilmu, pengalaman dan nilai positif yang diharapkan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kem Rakan Muda melabuh tirai, namun semangat dan nilai yang dipupuk sepanjang kem diharapkan terus menjadi inspirasi kepada para peserta untuk melangkah sebagai generasi muda yang berdaya saing, berketerampilan, berjiwa patriotik dan mampu memimpin masa hadapan.
Disediakan Oleh: Pegawai Media Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Rakan Muda