20/10/2018
PREVIEW GAMEWEEK 5
Minggu ke 5 ini bakal menentukan hala tuju pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak Kelab Peminat EPL Season 1 yang semakin menuju ke penghujung. Persaingan yang kembali sengit setelah beberapa keputusan di luar jangkaan minggu lepas menambah lagi rencah kehangatan liga.
Gameweek 5 bakal dimulakan dengan pertemuan menarik antara KCFC & KPMUK, dua pasukan yang sebelum ini dilihat mempunyai reputasi tinggi dalam kejohanan. Namun kedua-dua pasukan ini dikejutkan dengan keputusan diluar jangkaan, tewas ditangan lawan masing2. Dengan luka yang masih berdarah, masing-masing pasti akan bermati-matian mencari kemenangan untuk mengelakkan keciciran mata untuk sekian kali. Perlawanan kedua p**a akan menyaksikan pertemuan antara 2 pasukan yang masih bergelut di dasar liga. AKS FC yang mencipta kejutan pada minggu lalu pasti akan cuba meneruskan kebangkitan, namun tidak mudah untuk menjinakkan Solkel FC yang hampir mengatasi Reds FC dengan aksi mantap dalam perlawanan lalu. Kedua-dua perlawanan ini akan dilangsungkan pada hari Isnin, 22 Oktober 2018.
Perlawanan hari rabu p**a bakal menyaksikan pertembungan City Gabp menghadapi pendahulu liga, KeLfc. Kedua-dua pasukan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dengan City Gabp berjaya melangkaui badi dengan mencipta kemenangan pertama minggu lalu. KeLfc p**a yang hampir dikejutkan lawan dalam perlawanan sebelum ini pasti ingin mngelak keciciran mata lagi untuk mengelakkan diri dari dihimpit pasukan-pasukan lain. Perlawanan penutup minggu ini p**a akan dihiasi pertemuan antara Kel Spurs menentang Reds FC. Kedua-dua pasukan hanya mampu mengutip 1 mata apabila seri berhadapan lawan masing-masing. Untuk mengelakkan terus ketinggalan, tentunya hanya kemenangan memberi kepuasan.
Semua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Mini Kereteh pada tarikh dan masa seperti yang tertera di jadual perlawanan di bawah. Ayuh...!! Sama-sama kita hadir dan memberikan sokongan. Kejohanan semakin menuju klimaks pasti menjanjikan aksi yang lebih dramatik dan menarik. Hanya di Liga EPL Kelatan...!!!