22/04/2026
‘DIESEL MAHAL, JARAK JAUH DAN PENAT LELAH BUKAN HALANGAN - YORK AKOK’
Dalam ramai-ramai player PHOTOGRAPHER FC, YORK ni antara yang paling steady. Orang Jeli kenal dia bukan setakat kaki bola, tapi juga “tauke akok” yang boleh kata antara yang paling padu kat sana. Selain shoot kamera, masa lain dia urus bisnes akok,carwash,transporter dan banyak lagi lah. Serba boleh dia ni, memang jenis tak duduk diam.
Lagi padu, semalam petang dia baru habis shoot wedding dekat Jeli. Orang lain mungkin dah penat nak rehat, tapi YORK lain macam. Pukul 8 malam dah sampai Kubang Kerian, terus join game tanpa banyak cerita. Memang jenis tak banyak alasan, yang penting team. Tak macam yang lain datang lewat la, Lipak la(bob).
Yang respect tu, dua game berturut-turut dia turun dari Jeli ke Kubang Kerian semata-mata nak bagi komitmen dengan team. Naik Hilux p**a tu, kita semua tahu sekarang diesel bukan murah. Tapi dia tetap datang, tak banyak bunyi, terus main bagi habis.
Benda macam ni bukan semua orang sanggup buat. Pengorbanan YORK tu jelas — bukan sekadar datang main bola, tapi datang dengan hati untuk team. Player macam ni lah yang buat PHOTOGRAPHER FC jadi lebih daripada sekadar team.
Respect YORK. Kita nampak usaha kau. Walau team kalah, dia tetap bersemangat. Siap belanja lagi kawan-kawan semua air yang diorder. Aduh rugi p**ak tak order nasi. Hahaha