TRW Kelantan FC

TRW Kelantan FC The Official page of TRW Kelantan Football Club, the 2011 & 2012 Malaysian Super League Cham Gomo Kelate Gomo.


………………………………………. Gomo Kelate Gomo.
(1)

Welcome to the Official TRW Kelantan Football Club page. Enjoy breaking news, live broadcasts, daily updates, behind-the-scenes scoop, special photos and exclusive videos from the Club. Since its establishment in 1946, TRW Kelantan FC has assembled a profound, enduring kinship with the communities in Kelantan and in return, we dedicate it through the continuous development of the Club for

the fans, towards achieving the standard of being the successful football club for the future both domestically and internationally. We stay focused to working closely with the fans to enhance our football dreams. This page is dedicated to our fans, to enjoy, appreciate and interact with the Club directly. Citing any text from this page is permitted given that trwkelantanfc.com and www.facebook.com/trwkelantanfc is duly accredited and mentioned as a source together with related link. The use of photographs, videos and/or any form of electronic media are the exclusive rights of TRW Kelantan FC and any public use is not permitted without prior written consent from Team Red Warriors Sdn Bhd. The use of any expletive, swear, curse, hostile, offensive, insult, spam, affront and/or obscenities in words, remarks and postings or other form of profanities will be removed and the Club will not hesitate to ban the offender from making any further comments or posts on the page and/or may take any appropriate action without further reference. Users of this page are subject to Facebook's terms and conditions, and also all existing laws and regulations. Selamat datang ke laman Facebook Rasmi TRW Kelantan Football Club. Nikmati berita terkini, liputan langsung, kemaskini harian, aktiviti belakang tabir, gambar istimewa dan video ekslusif daripada Kelab. Sejak penubuhannya pada 1946, TRW Kelantan FC telah membentuk dan memupuk suatu kesepakatan bersama komuniti di Kelantan dan sebagai balasan, kami mendedikasikan perkara tersebut menerusi pembangunan Kelab secara berterusan untuk para peminat, dalam mencapai suatu standard menjadi kelab bolasepak yang berjaya pada masa hadapan di peringkat domestik dan antarabangsa. Kami kekal fokus untuk bekerjasama secara erat bersama para peminat demi meningkatkan dan mencapai impian bolasepak bersama. Laman ini ditujukan kepada para peminat untuk menikmati, menghargai dan berinteraksi secara terus bersama Kelab. Sebarang petikan teks daripada laman Facebook ini adalah dibenarkan tertakluk kepada trwkelantanfc.com dan www.facebook.com/trwkelantanfc diiktiraf dan dinyatakan sebagai sumber, bersama dengan pautan berkaitan. Penggunaan gambar, video dan/atau sebarang bentuk media elektronik adalah hak ekslusif TRW Kelantan FC dan sebarang penggunaan awam adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada Team Red Warriors Sdn Bhd. Penggunaan perkataan, kenyataan atau siaran yang eksplisit, carutan, ganas, menyinggung, menghina, mengganggu, mengeji dan/atau lucah, atau sebarang bentuk kenyataan yang tidak sewenangnya akan dibuang dan Kelab tidak teragak-agak untuk melarang pesalah laku daripada membuat sebarang komen atau siaran lanjut pada laman ini dan/atau Kelab boleh mengambil tindakan yang perlu tanpa rujukan lanjut. Pengguna laman Facebook ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat Facebook, dan juga kesemua undang-undang dan peraturan sedia ada.

PENARIKAN DIRI PASUKAN KELANTAN FC DARI LIGA A1 SEMI-PRO DIBAWAH PERTANDINGAN MBSB BANK CHAMPIONSHIP MUSIM 2024Kelantan ...
24/05/2024

PENARIKAN DIRI PASUKAN KELANTAN FC DARI LIGA A1 SEMI-PRO DIBAWAH PERTANDINGAN MBSB BANK CHAMPIONSHIP MUSIM 2024

Kelantan FC dengan ini mengumumkan penarikan diri pasukan dari Liga A1 Semi-Pro dibawah Pertandingan MBSB Bank Championship 2024. Keputusan ini dibuat setelah beberapa penilaian dan pertimbangan teliti dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan.

Terlebih dahulu, Kelantan FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Amateur Football League (AFL) di atas persetujuan dan penerimaan untuk pasukan Kelantan FC beraksi di Liga A1 Semi-Pro dibawah pertandingan MBSB Bank Championship Musim 2024.

Walaubagaimanapun, selepas pertimbangan yang teliti, keutamaan pasukan ketika ini adalah untuk menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman pasukan seperti menyelesaikan baki gaji pemain musim lepas yang masih tertunggak serta menyelesaikan kes-kes FIFA bagi membersihkan nama baik pasukan Kelantan FC.

Kami percaya, menyelesaikan kewajipan isu tunggakkan gaji adalah penting sebelum memulakan sebarang usaha baru. Oleh itu, dengan hati yang berat tetapi dengan rasa tanggungjawab yang jelas, Kelantan FC telah memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai pertandingan MBSB Bank Championship Musim 2024.

Kelantan FC dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kekecewaan yang mungkin timbul kepada pihak AFL dan pihak berkepentingan. Kelantan FC juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada penyokong-penyokong pasukan TRW Kelantan FC di atas kegagalan pasukan beraksi cemerlang di dalam Liga Super Musim 2023 serta tidak menyertai Liga pada musim baru ini.

Tanggungjawab dan niat pasukan adalah untuk menyelesaikan isu ini terlebih dahulu dengan segera sebelum Kelantan FC kembali menyertai liga bola sepak pada masa hadapan dalam keadaan yang lebih baik.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua penyokong atas sokongan yang telah diberikan sepanjang musim 2020, 2021, 2022 dan 2023. Setiap sokongan anda amatlah kami hargai.

Kelantan FC komited untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dan akan membawa semula pasukan Kelantan FC di dalam liga pada musim akan datang.

Akhir sekali, Kelantan FC memohon sokongan dan doa daripada anda semua untuk masa depan Kelantan FC yang lebih baik. Terima kasih atas dokongan dan doa anda semua.

Presiden
TRW Kelantan FC

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ“Wahai (sebut nama ora...
09/05/2024

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

“Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”

Samo samo sek kito pakat doakan semoga Faizal Halim terus kuat dan cepat sembuh.amin…..






"Saya mahu buat pemilihan pemain baru untuk Kelantan FC, sama ada transfer ban lepas atau tidak, saya mahu pemain berbak...
24/04/2024

"Saya mahu buat pemilihan pemain baru untuk Kelantan FC, sama ada transfer ban lepas atau tidak, saya mahu pemain berbakat hadir pada sessi pemilihan nanti.

Saya mahu buat persiapan team.

Anda berbakat, temui saya sessi pemilihan nanti!"

Head Coach Manja Man

Kepada yang mahu hadir selections Sila emailkan maklumat anda ke :
[email protected]



STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IVKelantan FC akan terus menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu sebagai "Home" u...
23/04/2024

STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV

Kelantan FC akan terus menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu sebagai "Home" untuk saingan MBSB Liga A1 Semi Pro 2024



PENAJA RASMI JERSEY KELANTAN FC MUSIM 2024Terima kasih kepada Syarikat Lets Play Performance yang menaja Jersey Kelantan...
23/04/2024

PENAJA RASMI JERSEY KELANTAN FC MUSIM 2024

Terima kasih kepada Syarikat Lets Play Performance yang menaja Jersey Kelantan FC musim 2024.

Tajaan ini melibatkan Jersey Utama, kedua dan ketiga,Seluar Stoking, Jersey Latihan Dan Pakaian rasmi pegawai pengurusan.

Sudah ada design cadangan dan perbincangan sedang dibuat bersama sebelum Jersey dilancarkan.

Boleh layari
https://www.letsplayperformance.com/our-products/ untuk melihat maklumat syarikat penaja kami ini.

Sekali lagi, terima kasih Lets Play Performance.

’splay


SANI EXPRESS KEKAL RAKAN STRATEGIK TRW KELANTAN FCSeluruh warga TRW Kelantan FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih da...
21/04/2024

SANI EXPRESS KEKAL RAKAN STRATEGIK TRW KELANTAN FC

Seluruh warga TRW Kelantan FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada SANI EXPRESS kerana berbesar hati menjadi penaja rasmi BUS TRW Kelantan FC musim 2024.

Seterusnya menjadi batu loncatan untuk Kelantan FC merealisasikan impian penyokong penyokong setia merah putih untuk melihat Kelantan FC kembali bangkit di dalam kancah bola sepak Malaysia.

Jenama SANI Express akan ada di Jersey Musim 2024.



“ Pemain Kelantan mempunyai semangatberlawan yg kuat, Saya nak kembalikanpemain Kelantan di tempat SepatutnyaInshaAllah ...
17/04/2024

“ Pemain Kelantan mempunyai semangat
berlawan yg kuat, Saya nak kembalikan
pemain Kelantan di tempat Sepatutnya
InshaAllah kita pulihkan teamdahulu di A1 AFL Liga Semi Pro sebelum
berjuang Semula di Liga Super 2025 2026! ”

HEAD COACH MANJA MAN


KETUA JURULATIH TRW 2024HC MANJA MANKELANTAN FCLIGA BOLASEPAK MALAYSIA MBSB A1 Liga Semi Pro 2024Secara rasminya Encik M...
17/04/2024

KETUA JURULATIH TRW 2024
HC MANJA MAN

KELANTAN FC
LIGA BOLASEPAK MALAYSIA MBSB A1 Liga Semi Pro 2024

Secara rasminya Encik Manja Man menjadi Head Coach Kelantan FC musim 2024.

Beliau mahu mencari, membentuk dan melahirkan generasi pemain bolasepak berkemahiran tinggi, seperti apa yang diterapkan dalam diri dan latihan FORMATION OF PROFESSIONAL FOOTBALLER dan pemain harus tahu apa yang dimaksudkan “Pemain Bolasepak Professional".

Latar belakang

HC MANJA MAN mempunyai pengalaman melatih pasukan Perlis Liga Super tahun 2006, dan lebih memilih anak-anak tempatan sebab jiwa kenegerian mampu mengatasi motivasi semangat berpasukan. S**a akan pemain yang mempunyai kemahuan memajukan diri sendiri.

Hala tuju
• Melahirkan pemain yang bernilai
• Melayakkan Kelantan FC ( TRW ) Kembali ke Liga Super 2025 2026

Experience Coach (STATE/CLUB)

PERLIS : 2019-2020 (PresidentCup/HeadCoach)

: 2018–PerlisFA
(FAM Cup–HeadCoach)
: 2006–2008 (SuperLeague–Asistant/Caretaker)
: 2008–2009 (PresidentCup/SUKMA–HeadCoach)
MELAKA : 2011 (FAM Cup - Head Coach)
UiTM FC : 2012 & 2014 ( Assistant )
UiTM perlis : 2012 - 2017 ( IPT League - Head Coach )
MASUM : 2004 ( ASEAN University Game - Head Coach )
Ken Barnes : 2003 - 2005 ( Ken Burnes Soccer Skills Academy / Director )
LADA : 1999 - 2003 ( FAM Cup - Head Coach )

Achievement As a Coach

PERLIS : Champion Super League ( Assistant / Caretaker )
: Champion Malaysia Cup ( Assistant / Caretaker )
: AFC Cup Qualifying ( Caretaker )
: Runner up FA Cup ( Caretaker )
: Final ( SUKMA )
MASUM : Third Placing ( Asean University Game )
UiTM perlis : Champion IPT League ( 2012 / 2013 )
: Second Place IPT League ( 2014 / 2015 / 2016 )
: Finalists Ministry of Higher Education Cup ( 2014 /2015 / 2016 )
Ken Barnes : 9 players in 3 years send to Birmingham City FC ( 2003 - 2005 )

SELAMAT DATANG HEAD COACH MANJA MAN KE TRW KELANTAN FC!


Alhamdulillah TRW Kelantan FC akan beraksi dalam saingan Liga M3 untuk musim 2024 sama-sama sek kito mendoakan semoga TR...
17/04/2024

Alhamdulillah TRW Kelantan FC akan beraksi dalam saingan Liga M3 untuk musim 2024 sama-sama sek kito mendoakan semoga TRW Kelantan FC kembali bangkit sebagai gergasi merah putih di dalam kancah bola sepak malaysia seperti dahulu ”jatoh ko ,bangun pasuke TRW Kelantan FC keno sokong semace” tu baru ore kato penyokong setia,Sekarang TRW Kelantan FC dalam usaha untuk memperkemaskan semula pasukan untuk menghadapi saingan liga M3 dan pasukan Kelantan FC bertekad untuk kembali ke kancah Liga Super 2025/2026.

Semoga sek kito sukses di MBSB Liga A1 Semi Pro 2024!


𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇Seluruh warga kerja TRW Kelantan FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua um...
11/04/2024

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇

Seluruh warga kerja TRW Kelantan FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Semoga kita memperoleh keberkatan di hari yang mulia ini. Maaf zahir dan batin!





6 Februari 2024ANNUAL GENERAL MEETING (AGM) THE RED WARRIORS FC BERHAD Alhamdulillah, AGM The Red Warriors FC Berhad tel...
06/02/2024

6 Februari 2024

ANNUAL GENERAL MEETING (AGM) THE RED WARRIORS FC BERHAD

Alhamdulillah, AGM The Red Warriors FC Berhad telah berjaya dijalankan pada harini bermula 10.30 pagi, 6 Februari 2024 yang bertempat di Hotel Zamburger Wira, Kuala Lumpur.

Pelbagai pertanyaan pemegang saham diterangkan dengan baik oleh Ahli Lembaga Pengarah serta dibantu oleh Auditor dan Company Secretary bagi menjelaskan kedudukan sebenar syarikat.

Audit Report Kewangan bagi tahun 2021 & 2022 telah dibentangkan dan semua resolusi telah diluluskan oleh pemegang saham dengan keputusan hampir 100% menyokong.

Tidak seperti sesetengah pasukan Liga Super yang mendapat geran kerajaan negeri, tahun 2023 merupakan tahun yang sukar buat TRW Kelantan FC. Berdiri sendiri dengan cara penswastaan sebenar bukanlah sesuatu yang mudah. Bertuah masih ada penaja membantu meringankan kos OPEX bulanan kelab. Selaku Executive Director, En Norizam juga mengambil kesempatan untuk menerangkan perjalanan pasukan TRW Kelantan FC bagi tahun lepas dan telah membentangkan perancangan bagi tahun 2024.

Terima kasih kepada kesemua pemegang saham yang hadir pada harini.

InshaAllah, dengan doa dan sokongan berterusan TRW akan berusaha untuk melakar prestasi yg lebih baik untuk tahun-tahun mendatang.

Sekian,

Shares Operation
The Red Warriors FC Berhad

FULL TIMEKELANTAN FC (2)-(6) KELANTAN UNITED FC Afif Jazimin 13’ 25’ (KEL)Hafiy Haikal 29’ (KU)S.Sharvin 49’ 75’ (KU)Ism...
16/12/2023

FULL TIME

KELANTAN FC (2)-(6) KELANTAN UNITED FC
Afif Jazimin 13’ 25’ (KEL)
Hafiy Haikal 29’ (KU)
S.Sharvin 49’ 75’ (KU)
Ismaheel 59’ (KU)
Royyizat 90+1 (KU)
Indra Putra 90+3 (KU)





Address

TRW Hotel Kota Bharu Lot 2731, Kampung Paya Rambai, Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TRW Kelantan FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share