25/08/2026
Kelantan Futsal Team Intai Penaja Baru selepas berakhirnya kontrak tajaan Ace Hub Sdn Bhd (AUSS) Ogos 2026. Adakah masih ada penaja utama yang akan menyertai Kelantan FT atau adakah era Kelantan FT akan kembali suram di pentas futsal Malaysia (khususnya dalam program pembangunan sukan futsal)? Sama-sama kita doakan rezeki untuk Kelantan FT masih ada untuk terus bernafas di pentas arena futsal Malaysia.
Rekod di pentas kebangsaan sepanjang projek futsal Kelantan FT bersama AUSS :
Malaysia Premier Futsal League 2024 (Divisyen 2) - Juara
Malaysia Premier Futsal League 2025 (Divisyen 2) - Tempat Ke 6
Kejohanan Futsal Bawah 19 Tahun Kebangsaan 2025 - Juara
Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 - Wanita (Kumpulan), Lelaki (Suku Akhir)