30/09/2023
Tamat sudah perjuangan pasukan RWEM FC U-16 di saingan liga SCFL U16 2023 setelah tewas tipis kepada lawan yang merupakan juara pada peringkat kumpulan baru baru ini.
Meskipun tewas, perlawanan separuh akhir ini boleh dikatakan antara persembahan terbaik yang pernah ditonjolkan pemain-pemain RWEM FC yang berjuang habis habisan untuk memburu kemenangan bagi melayakkan diri ke pusingan akhir namun rezeki tidak berpihak kepada kami. Sekali lagi semangat yang ditunjukkan membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak walaupun berdepan lawan yang kuat.
Dengan ini pasukan RWEM FC U-16 telahpun menoktahkan musim 2023 secara rasmi dan tidak akan meneruskan aktiviti untuk menyertai mana mana kejohanan untuk baki musim tahun ini. Segala perkembangan pasukan akan dimaklumkan kelak.
😔Our Last Dance Together😔
🔥usaha kami untuk mereka ⚽️
⚽️Our PRIDE💪