16/02/2025
Seakan ingin sembuh dari luka,namun ditoreh kembali ditempat yang sama.Begitulah nasib anak-anak buah Coach Joe dan Coach Soharman apabila terpaksa berputih mata di perlawanan akhir Piala Presiden USMKK kerana tewas kepada PKA FC.Jaringan tunggal dari PKA FC menjadi pemisah kepada PPK FC untuk merebut gelarab juara pada perlawanan ini.Namun kredit dan pujian harus diberikan kepada semua pemain bahkan pengurusan dan penyokong juga kerana komitmen keringat dan sokongan yang tidak terkira diberikan sepanjang kejohanan ini berlansung.Terima kasih juga diucapkan kepada urusetia kejohanan yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini yang mengambil masa selama 6 minggu untuk diakhirkan.Pihak PPK FC mengucapkan tahniah dan syabas.Semoga bentuk sukan yang menyatupadukan kakitangan ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang,Insyaallah..