09/10/2022
Wajibkah kira kalori? TIDAK! Saya sendiri sekarang tidak lagi mengira kalori tetapi saya masih kawal kalori.
Bagaimana untuk kawal kalori? Pada permulaan, memang kena kira. Kenapa? Soalan kembali, Kenapa kita ada masalah berat badan? TABIAT terlebih makan hari-hari. Yang kita nak ubah adalah 'tabiat terlebih'.
Bagaimana untuk ukur setakat mana TERLEBIH itu adalah dengan mengira. Sesuatu yang dikira atau disukat lebih mudah untuk uruskan.
Contoh: kurangkan nasi, lebihkan lauk.
Kurang berapa kurang? Lebih berapa lebih?
"Saya dah kurang kan nasi, lebihkan lauk, kenapa berat saya masih tak turun?" Kerana masih TERLEBIH kalori.
Kiralah untuk nampak patern. Sampai 1 ketika, boleh perasan, oooo..banyak ni je had aku boleh makan, kalau lebih mesti naik. Lepas tu tak yah kira dah, ikut sahaja rutin had itu.
Tanpa mengira juga, seseorang itu sangat mudah terlalu kurang makan. Oklah kan? Lagi banyak kurang, lagi cepat turun berat. Sayangnya kehidupan ni, tidak begitu. Paling lama kita boleh bertahan untuk terlalu kurang makan adalah 2 minggu. Kemudian kita dah semakin lesu , lapar dan isu craving. Saka kita dah nak mula mengganas. Makan sedikit dalam tempoh sekejap itu senang, makan sedikit dalam tempoh lama sangat-sangat susah.
“eh, taklah..Saya memang jenis makan sikit je”
Kalau jenis makan sedikit kenapa ada masalah berat badan? Sebab masih terlebih, kita nak cut yang terlebih tu sahaja. Bukan kena cut teruk-teruk pun. Ia lebih mudah untuk konsisten.
WAJIBKAH BERSENAM?
Tidak juga, masih boleh turunkan cuma seperti contoh dalam infografik. Dengan 1900 kcal dah surplus kalori sedangkan 1900 kcal yang sama boleh jadi defisit kalori. Bersenam dan masih boleh makan banyak 1000 kali lebih senang dari diet makan sikit.
Tapi senam nak buat apa? Virtual dumbbells kan ada, yang pusing 1 dunia cari program terbaik sedangkan ada ni ha depan mata. Roger-roger dih