21/04/2026
Kadang orang nampak di padang… cuma cikgu berdiri, berbual, atau berjalan ke sana sini.
“Ramai-ramai buat apa? Bukan ke cukup seorang dua je jaga murid?” Kata seorang pentadbir.
Hakikatnya… di sebalik satu kejohanan, tanggungjawab cikgu bukan sekadar “hadir”.
Pagi-pagi lagi cikgu dah pastikan semua murid cukup makan, cukup air. Ada yang bawa peti ais, isi minuman, jaga kebajikan anak-anak supaya tak dehidrasi bawah panas terik.
Di tepi padang, cikgu bukan sekadar tengok. Mereka kira kehadiran, pastikan tak ada murid yang hilang, yang cedera cepat dirawat, yang gugup diberi semangat.
Yang kalah dipujuk, yang menang diingatkan supaya kekal rendah diri.
Ada murid yang penat, cikgu jadi tempat bersandar.
Ada murid yang takut, cikgu jadi pemberi keberanian.
Ada murid yang hampir putus asa, cikgu jadi suara yang tak berhenti percaya.
Dan bila semua orang dah balik…
Cikgu masih ada untuk mengira murid, memastikan semua selamat pulang.
Jadi bila nampak “ramai cikgu” di padang,
itu bukan berlebihan.
Itu tanda tanggungjawab.
Kerana bagi cikgu,
setiap murid itu amanah.
Bukan sekadar atlet di padang,
tetapi anak-anak yang perlu dijaga sebaiknya.
Hormatilah mereka…
kerana mereka bukan sekadar mengajar di kelas,
tetapi menjaga, membimbing dan melindungi di mana saja murid berada.
“Ular Menyusur akar takkan hilang bisanya”