Pusat Latihan Kluang - Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi

Pusat Latihan Kluang - Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Latihan Kluang - Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Martial Arts School, Surau Darul Atiq , Taman Saujana, Kluang.

Silat Cekak Pusaka Hanafi ialah salah satu seni silat Melayu asli yang pernah diamalkan oleh panglima kanan kerajaan Kedah di zaman di Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II dizahirkan kembali oleh Pemimpin Agung YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad

Almarhum 'Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad'Beliau bukan sekadar mengajarkan seni mempertahankan diri.Beliau meninggalkan sua...
12/08/2026

Almarhum
'Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad'
Beliau bukan sekadar mengajarkan seni mempertahankan diri.
Beliau meninggalkan suatu amanah.
Amanah untuk mengenal erti keberanian tanpa kesombongan.
Amanah untuk mempertahankan diri tanpa mencari musuh.
Amanah untuk memiliki ilmu tanpa mendabik dada.
Dan yang paling utamaโ€”
amanah untuk membentuk insan yang beradab, berdisiplin dan dekat kepada Allah Subhanawata'ala
Hari ini, apabila kita berdiri di kelas-kelas latihan,
jangan hanya lihat seorang guru di hadapan kita.
Lihatlah perjuangan yang telah dibinanya.
Apabila tangan kita bergerak,
ingatlah bahawa di sebalik setiap gerakan itu
ada sejarah, ada pengorbanan, ada air mata
dan ada seorang insan yang pernah mencurahkan seluruh jiwa
demi memastikan warisan ini terus hidup.
Apabila kita berada di kelas latihan
ingatlahโ€ฆ
kita bukan sekadar membantu pelatih mempelajari seni silat.
Kita sedang menyambung sebuah legasi.
Jangan biarkan perjuangan itu terhenti pada generasi kita.
Biarlah ilmu itu mengalir
daripada guru kepada murid,
daripada murid kepada generasi seterusnya,
sehingga nama Silat Cekak terus bergema
bukan hanya di kelas-kelas latihan
tetapi di dalam hati masyarakat.
Almarhum telah pergi ke daerah abadi
tetapi meninggalkan sebuah amanah di tangan kita.
Maka, jika benar kita menyanyangi Almarhum,
jangan hanya kita kenang namanya.
Hidupkan perjuangannya.
Jika benar kita merinduinya,
jangan hanya kita titipkan doa.
Sambunglah usahanya.
Jika benar kita menghargai pengorbanannya,
jangan hanya kita ceritakan sejarahnya.
Pastikan warisannya terus berkembang.
Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad telah menanam benih perjuangan dan kesinambungannya kini dibawah pimpinan anakanda beliau sebagai Pewaris Mutlak Silat Cekak,
Kolonel Kehormat (PA) YM Syeikh Dr Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi menyambung legasi beliau..
Marilah kita bersama sama membantu dengan
semangat 1Suara 1Hati
Menyiramnya.
Menyuburkannya.
Menjaganya.
Dan memastikan pohon itu terus rendang
untuk generasi yang mendatang.
Empat puluh tahun bukanlah pengakhiran.
Empat puluh tahun adalah peringatan bahawa sebuah perjuangan yang ikhlas mampu hidup jauh lebih lama daripada usia seorang manusia.
Semoga Allah Subhanawata'ala mencucuri rahmat ke atas roh
Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad,
mengampuni segala kekhilafannya,
menerima segala amal baktinya,
menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh
dan mengurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.
Al-Fatihah...

Pengambilan Ahli Baru untuk belajar SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI telah dibukaKelas Latihan :SURAU TAMAN SAUJANA,KLUANG=====...
06/08/2026

Pengambilan Ahli Baru untuk belajar SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI telah dibuka
Kelas Latihan :
SURAU TAMAN SAUJANA,KLUANG
===========================
Syarat Penyertaan:
๐Ÿ“Beragama Islam
๐Ÿ“Umur : 13 tahun ke atas(lelaki & perempuan)
===========================
โŒš๏ธJadual kelas: Isnin & Rabu (Setiap minggu)
Masa: 9.30 โ€“ 11.30 malam
===========================
Kenapa mesti belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi.
โœ… Tenaga Pengajar Bertauliah
โœ… Tempoh Latihan singkat, 7 bulan sahaja
โœ… Sistem pelajaran mudah ,ringkas dan berkesan
โœ… Bebas dari unsur Tahyul dan Khurafat
===========================
Jom Daftar Sekarang
Hubungi kami :
โ˜Ž๏ธ
# Syazli : wasap.my/+60148254121/silat
# Abd Hadi: wasap.my/+60197712397/silat

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ตDengan penuh rasa hormat, Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan serta seluruh warga Silat Cekak ...
03/08/2026

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ต

Dengan penuh rasa hormat, Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan serta seluruh warga Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Mulia Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

Sesungguhnya, kepimpinan, pengorbanan dan jasa Yang Mulia dalam memelihara, memperkukuh serta memartabatkan warisan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi telah menjadi sumber inspirasi dan pedoman kepada seluruh warga Pusaka Hanafi. Dengan kebijaksanaan, ketegasan dan kasih sayang seorang guru, Yang Mulia terus membimbing kami agar sentiasa menjunjung tinggi nilai ilmu, adab, amanah dan perjuangan.

Bersempena ulang tahun kelahiran ini, kami menadah tangan memohon ke hadrat Allah SWT agar Yang Mulia sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang penuh keberkatan, kekuatan jasmani dan rohani serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah memimpin dan mengembangkan perjuangan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, keberkatan dan perlindungan-Nya kepada Yang Mulia serta mengurniakan kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.


Alhamdulillah selesai sudah sambutan hari tenaga pengajar silat cekak pusaka hanafiโ€ฆ
05/07/2026

Alhamdulillah selesai sudah sambutan hari tenaga pengajar silat cekak pusaka hanafiโ€ฆ

Pengambilan Ahli Baru untuk belajar SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI telah dibukaKelas Latihan :SURAU TAMAN SAUJANA,KLUANG=====...
03/06/2026

Pengambilan Ahli Baru untuk belajar SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI telah dibuka
Kelas Latihan :
SURAU TAMAN SAUJANA,KLUANG
===========================
Syarat Penyertaan:
๐Ÿ“Beragama Islam
๐Ÿ“Umur : 13 tahun ke atas(lelaki & perempuan)
===========================
โŒš๏ธJadual kelas: Isnin & Rabu (Setiap minggu)
Masa: 9.30 โ€“ 11.30 malam
===========================
Kenapa mesti belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi.
โœ… Tenaga Pengajar Bertauliah
โœ… Tempoh Latihan singkat, 7 bulan sahaja
โœ… Sistem pelajaran mudah ,ringkas dan berkesan
โœ… Bebas dari unsur Tahyul dan Khurafat
===========================
Jom Daftar Sekarang
Hubungi kami :
โ˜Ž๏ธ
# Syazli : wasap.my/+60148254121/silat
# Abd Hadi: wasap.my/+60197712397/silat
Terima kasih See less

Ilmu yang bermanfaat
31/01/2026

Ilmu yang bermanfaat

๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐ƒ๐Ž๐Œ๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐Œ ๐Š๐Ž๐‹๐Ž๐๐„๐‹ ๐Š๐„๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ (๐๐€) ๐ƒ๐‘. ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐Œ๐ƒ ๐‘๐€๐ƒ๐™๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐‡๐€๐๐€๐…๐ˆ, ๐๐„๐–๐€๐‘๐ˆ๐’ ๐Œ๐”๐“๐‹๐€๐Š ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐‚๐„๐Š๐€๐Š

"Tanam pokok, siram air dan letak baja. Yang pasti jangan paksa pokok naik dan berbuah, itu hak mutlak Allah." - YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

Assalamualaikum Alhamdulillah buat julung julung kalinya Silat cekak pusaka hanafi akan mengadakan sesi penerangan secar...
31/01/2026

Assalamualaikum

Alhamdulillah buat julung julung kalinya Silat cekak pusaka hanafi akan mengadakan sesi penerangan secara dalam talian.

Bagi mereka yang berminat untuk mendalami dan mempelajari ilmu persilatan melayu asli yang diwarisi oleh pewaris mutlak silat cekak boleh sertai sesi penerangan dalam talian pada 1 feb 2026.

Boleh hubungi kami atau scan QR code yang disediakan

13/01/2026

โ€œKenapa cecah duluโ€ฆ baru elakโ€ฆ baru ambilโ€ฆ?"

Setiap kali Silat Cekak dipersembahkan, sama ada di depan mata atau di media sosialโ€”soalan yang sama akan muncul.

Ada yang pelik.
Ada yang sinis.
Ada yang merasakan ia โ€œtidak logikโ€.

Kita boleh menjawab dengan fakta.
Kita boleh berhujah dengan logik.
Atau kita boleh memilih untuk berdiam.

Kerana seperti kata seorang pahlawan dalam tradisi Islam:

โ€œKita tidak perlu menjelaskan siapa kita.โ€

Bukan kerana sombong.
Bukan kerana tiada jawapan.
Tetapi kerana identiti sebenar tidak dibuktikan dengan kata-kataโ€”ia dibuktikan dengan perbuatan.

Silat Cekak tidak dibina untuk kelihatan cantik di kamera.
Ia tidak dicipta untuk memukau penonton.
Ia wujud untuk berfungsi apabila benar-benar diserang.

Apa yang nampak โ€œpelikโ€ pada mata orang luar,
sebenarnya adalah prinsip kawalan, keyakinan jarak, dan keselamatan bagi yang memahami dari dalam.

Pendekar sejati tidak menjerit, โ€œAkulah hebat.โ€
Geraknya yang bercakap. Natijahnya yang menjawab.

Jika jalan ini benar,
kita tidak perlu mempertahankan diri dengan hujah kosong.
Biarlah disiplin, keberkesanan, dan akhlak yang menjadi bukti.

Kerana akhirnya,
bukan persembahan yang membuktikan silat, tetapi fungsinya apabila diperlukan.

Tak perlu pukul gendang siapa kita cukuplah meriam yang dihantar untuk meruntuh tembok kejahilan dan kesombongan. Bukan siapa yang lebih baik, tapi siapa yang boleh berbuat baik.

Menjawab soalan diatas, bukan elak tapi tepis dua maksud yang berbeza....

Antara pegangan utama ahli silat cekak
13/01/2026

Antara pegangan utama ahli silat cekak

๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐‹๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค

๐‘‡๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐‘™๐‘–๐‘š๐‘Ž (5) ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘†๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘˜๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘– ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘ก:

1. Tidak boleh menderhaka kepada IBU;
2. Tidak boleh menderhaka kepada BAPA;
3. Tidak boleh menderhaka kepada GURU;
4. Tidak boleh bergaduh sesama AHLI; dan
5. Tidak boleh mencaci SILAT MELAYU ASLI yang lain.

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

Kami mendidik untuk benci pada buli
11/12/2025

Kami mendidik untuk benci pada buli

Address

Surau Darul Atiq , Taman Saujana
Kluang
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Kluang - Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share