24/12/2025
๐ฅ PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR 2026 ๐ฅ
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan penuh iltizam dan komitmen tinggi, bersama barisan pemegang taruh strategik termasuk ahli gabungan Persatuan Bolasepak Daerah serta District Training Centre (DTC), dan juga Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) dengan bangganya mempersembahkan Pelan Program Pembangunan Bola Sepak Negeri Johor Tahun 2026.
Sebanyak ENAM (6) PROGRAM PERTANDINGAN TERAS bakal menggegarkan landskap bola sepak Johor, merangkumi pembangunan akar umbi, bakat elit dan pertandingan kompetitif:
โฝ Johor Football League
โฝ Bola Sepak Amatur / Terbuka
โฝ Futsal
โฝ Bola Sepak Wanita
โฝ District Training Centre (DTC)
โฝ Johor Junior Cup
Kesemua program ini telah dirangka secara strategik dan berfasa, dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026 bermula Februari hingga Disember, sebagai kesinambungan usaha membina ekosistem bola sepak Johor yang mapan, berdaya saing dan berprestij di peringkat nasional serta antarabangsa.
Inilah pentas.
Inilah laluan.
Inilah masa depan bola sepak Johor.
โBERSAMA KITA MAJUKAN BOLA SEPAK NEGERI JOHORโ