19/01/2026
LAPORAN PERHIMPUNAN KOKURIKULUM
SK FELDA ULU PENGGELI.
Perhimpunan Kokurikulum telah diadakan pada Isnin, 19 Januari 2026 dengan berjalan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh adik Firas Nufael Bin Nazri bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang perhimpunan berlangsung. Seterusnya, para murid dan guru telah menyanyikan Lagu Bangsa Johor, Negaraku, Lagu Sekolah serta Lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh semangat dan disiplin.
Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Murid dan Ikrar Kokurikulum yang dipimpin oleh adik Mohd Adam Lutfi Bin Mohd Nur Salam. Sepanjang perhimpunan, kawalan barisan murid dikendalikan oleh Komandan Fella Adelia Binti Zaitol Adhar dengan baik dan teratur. Majlis ini telah dikendalikan oleh Nur Syiffa Dhiya Binti Mohd Ishak selaku Pengacara Majlis.
Dalam laporan guru bertugas, Cikgu Mohd Jamil Bin Ladisma memaklumkan bahawa minggu pertama persekolahan telah dapat diselesaikan dengan jayanya dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan. Beliau turut menyatakan bahawa tahap disiplin dan kebersihan sekolah berada dalam keadaan terkawal. Selain itu, semua pengawas sekolah akan mula bertugas sepenuhnya setelah jadual bertugas diedarkan.
Perhimpunan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah oleh Cikgu Faizihilmi Bin Ramli bagi aktiviti kokurikulum melibatkan pertandingan antara rumah sukan bagi acara dodgeball, bola baling dan bola sepak bawah 11 dan 12 tahun yang telah berlangsung pada minggu pertama persekolahan.
Seterusnya, Cikgu Hasbullah Bin Awang, selaku Guru Kokurikulum, telah menyampaikan ucapan. Beliau menegaskan bahawa murid perlu sentiasa memakai pakaian unit kokurikulum masing-masing termasuk TKRS dan Pandu Puteri semasa aktiviti dijalankan. Beliau turut memaklumkan bahawa latihan Merentas Desa akan bermula pada hari Selasa dan Rabu, manakala Kejohanan Merentas Desa dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua murid atas kecemerlangan serta komitmen yang ditunjukkan dalam aktiviti kokurikulum.
Perhimpunan Kokurikulum kemudian ditamatkan dengan arahan bersurai dan keluar barisan secara teratur. Diharapkan perhimpunan ini dapat terus menyemai semangat disiplin, kerjasama dan kecemerlangan dalam kalangan murid.