KV Kluang Football Academy

KV Kluang Football Academy Football Academy based on Kolej Vokasional Kluang.

Mari masuk KV
24/11/2025

Mari masuk KV

Assalamualaikum dan Salam Madani.

Makluman kepada semua pelajar tingkatan 3 yang layak untuk ditemu duga bagi pengambilan pelajar tahun 1 SVM Kohort 2026 di Kolej Vokasional Kluang. Mohon bersedia. Info terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Harap maklum. Terima kasih.


25/04/2025

Syukur Alhamdulillah. Tahniah pasukan Johor Darul Taโ€™zim (JDT) kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025.

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan JDT.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak berprestij, bukan sahaja di Malaysia, bahkan kini disegani di rantau Asia.

Dengan empat gelaran Piala Malaysia dalam tangan pada musim 2017, 2019, 2022 dan 2023, misi kejuaraan kelima kini di depan mata. Ayuh seluruh penyokong Harimau Selatan, kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk perlawanan ini. Semoga kemenangan milik pasukan JDT!

Dan jangan lupa, ayuh kita terus gegarkan Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, 27 April 2025, jam 8.00 malam dalam satu sambutan penuh gilang-gemilang untuk "Chapter 2: The 11". Mari kita hadir beramai-ramai, kibarkan bendera biru merah, dan raikan pasukan kebanggaan kita, Johor Darul Ta'zim.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

SuKov melabuhkan tirai. Kombinasi pemain baru dan lama memperoleh kedudukan tempat Ke-4 sekaligus melebihi sasaran tahun...
21/04/2025

SuKov melabuhkan tirai. Kombinasi pemain baru dan lama memperoleh kedudukan tempat Ke-4 sekaligus melebihi sasaran tahun ini. Terima kasih kepada semua penyumbang tenaga dan wang ringgit dalam kebersamaan anak-anak.
Tidak lupa kepada alumni kapten Akmal Rizal yang sudi hadir ke bumi Pagoh menyokong adik-adik. Jumpa lagi dalam MSSD Kluang 2025 bulan Julai.



Siaran Media: Senarai 18 Pemain Ke Kejohanan Voktek Zon Johor Pada 18 hingga 20 April 2025Berikut adalah senarai nama 18...
15/04/2025

Siaran Media: Senarai 18 Pemain Ke Kejohanan Voktek Zon Johor Pada 18 hingga 20 April 2025
Berikut adalah senarai nama 18 pemain yang dipanggil barisan jurulatih KV Kluang Football Academy menjelang kempen Kejohanan Voktek Zon Johor di Kolej Vokasional Pagoh dari 18 hingga 20 April ini.

10/10/2023

๐๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐• ๐Š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐ข ๐ฉ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š ๐•๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐ƒ๐•๐Œ) ๐’๐ž๐ฆ๐ž๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘.
๐’๐ž๐ฆ๐จ๐ ๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐ฉ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง & ๐ฉ๐ž๐ซ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ค๐š๐ง!

17/09/2023
Welcome to KV Kluang!
17/09/2023

Welcome to KV Kluang!

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š

Jom apply kemasukan ke KV Kluang untuk menjadi sebahagian daripada family KV Kluang Football Academy.
17/09/2023

Jom apply kemasukan ke KV Kluang untuk menjadi sebahagian daripada family KV Kluang Football Academy.

Terima kasih pentadbiran KV Kluang yang sentiasa menyokong program KV Kluang Football Academy. Kejayaan tidak berlaku ta...
16/09/2023

Terima kasih pentadbiran KV Kluang yang sentiasa menyokong program KV Kluang Football Academy. Kejayaan tidak berlaku tanpa sokongan semua pihak.

Address

KM. 3, Jalan Mengkibol
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 17:30 - 19:00
Tuesday 17:30 - 19:00
Wednesday 17:30 - 19:00
Thursday 17:30 - 19:00
Sunday 17:30 - 19:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KV Kluang Football Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share