23/11/2025
SSM DINOBAT JOHAN BOLA SEPAK DALAM KARNIVAL SUKAN KPDN 2025
Selangor, 23 November 2025 β Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyertai Karnival Sukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2025 yang berlangsung dari 19-21 November 2025 di Uptown Sports Bangi dan Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Sebanyak tujuh acara sukan telah disertai oleh kontinjen SSM, antaranya bola sepak, bola jaring, dart, ping pong dan bola tampar.
Dalam karnival ini, SSM telah muncul johan bagi acara bola sepak, meraih naib johan dalam acara bola jaring dan dart serta tempat ketiga bagi acara ping pong.
SSM turut meraih kedudukan tempat kedua dalam pencapaian keseluruhan yang telah diumumkan pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan KPDN ini.
Karnival ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri PDN.
Turut hadir bersama adalah Datoβ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Datoβ Haji Amran Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KPDN dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.