27/08/2026
Alhamdulillah, Iezqandar mara satu lagi langkah ! 🌟
Iez terpilih sebagai salah seorang pengacara Majlis Perasmian Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor 2026.
Hari ini berlangsung sesi raptai di Perpustakaan Raja Tun Uda, bertemu pasangan pengacara, memahami flow majlis, merancang dan menyusun gaya penyampaian yang ingin ditampilkan.
Pengarah program sendiri turun bertemu pasukan pengacara. Beliau nak Emcee interaktif, penyampaian sesuai dengan dunia kanak-kanak.
Inilah pengalaman pentas sebenar yang akan mematangkan seorang pengacara muda. Bakat sahaja tidak mencukupi. Mereka perlu belajar memahami audiens, bekerjasama dengan pasangan, menghidupkan suasana majlis, bersedia dgn apa jua perubahan.
Bismillah. Doakan Iezqandar dan partner diberikan keyakinan, kelancaran serta mampu memberikan persembahan yang terbaik! 🤲🏻
Jemput semua hadir bersama anak-anak ke:
📚 Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor 2026
📍 SACC, Shah Alam
📅 28–31 Ogos 2026
Bawalah anak-anak melihat, meneroka dan mencintai dunia sastera. Siapa tahu, daripada sebuah pengalaman kecil inilah akan lahir impian yang besar. ❤️ Jumpa di sana!