30/10/2024
[ HIBAH TAKAFUL SEBAGAI TOOLS ]
Baru-baru nie saya tengok individu yang terlibat dengan pengurusan dan perancangan harta pusaka ada buat troll atau jugak sindiran berkenaan dengan "Hibah" yang sebenarnya merujuk kepada hibah takaful (sefahaman saya).
Apa yang saya nampak, antara punca jadi macam tu, adalah mungkin silap faham (sama ada sengaja atau tidak, saya tak pasti)..berkenaan istilah hibah tu sendiri yang dibawa atau diketengahkan oleh agent2 takaful.
Kalau ikutkan istilah asal dalam IFSA 2013 (Islamic Financial Service Act 2013), istilah sebenar dalam akta adalah Hibah Bersyarat atau Conditional Hibah. Dan hibah bersyarat ni melibatkan bahagian penamaan / nomination sijil takaful. Yang mana, kalau dulu, semua penamaan bagi sijil takaful adalah tertakluk kepada syarat wasi (iaitu penerima menerima wang pampasan takaful sebagai pemegang amanah dan bukan pemilik mutlak).
Jadi, dengan adanya pilihan hibah bersyarat nie, bahagian penamaan untuk pampasan sijil takaful, boleh dibuat sama ada sebagai wasi (pemegang amanah dan tertakluk kepada hutang si mati dan juga waris faraidh si mati) atau hibah bersyarat (yang mana wang pampasan tersebut akan jadi hakmilik penuh penerima yang dinamakan dalam bahagian penamaan).
Kenapa ada options hibah bersyarat nie?..Ini semua disebabkan keperluan yang difikirkan perlu untuk masyarakat dan telah dibincangkan oleh pengamal undang2 yang berkaitan lama sebelum FSA dan IFSA diwartakan pada 2013.
Bila terkeluarnya istilah hibah bersyarat ni, ada juga yang merujuk istilah hibah bersyarat dari segi bahasa dan syarak. Itu yang nak mudahkan faham, wujud istilah HIBAH TAKAFUL yang merujuk kepada hibah bersyarat dalam IFSA 2013 atau APKI (Akta Perkhidmatan Kewangan Islam ).
Jadi, istilah Hibah Takaful ni la yang pada awalnya digunakan oleh agent2 Takaful untuk berikan awareness dan juga marketing untuk share pasal plan takaful yang merujuk kepada pampasan kematian sijil takaful yang penamaan diletakkan sebagai "hibah bersyarat".
Lama-kelamaan, perkataan "takaful" tu hilang dah...agent dok sibuk promote Plan Hibah, Plan Hibah, Plan Hibah yang sebenarnya merujuk kepada plan pampasan kematian (atau life insurans untuk konvensional).
Dan agent-agent jugak takaful jugak yang banyak promote pada prospect "Encik dah buat plan hibah?" atau "Encik dah ada hibah?" dan yang sewaktu dengannya. Itu la antara punca istilah hibah takaful dah tak kedengaran sebaliknya perkataan "hibah" dah jadi macam sinonim dengan "pelan life takaful". Macam maggi la, sebenarnya mee segera brand "maggi"..tak kisah la brand apa pun, orang panggil maggi. Haa..macam tu.
Memang saya perasan dah lama, ada yang tegur agent-agent takaful guna istilah hibah ni (dengan mempromosi plan life takaful) sebenarnya tak tepat. Sebab istilah hibah atau hadiah tu sebenarnya sangat luas. Istilah hibah bersyarat juga ada dalam hukum syarak iaitu Hibah bersyarat (umra dan ruqba). Yang hibah bersyarat dalam IFSA ni pulak merujuk kepada penamaan pampasan sijil takaful.
Namun, macam biasa la. Bila dah terbiasa guna istilah tu, itu yang susah nak ubah. Agent-agent Takaful tetap gunakan istilah "HIBAH" yang merujuk kepada hibah bersyarat dan ada juga yang gunakan istilah Hibah Takaful (nak bagi lebih specific dan asingkan dari istilah hibah harta / hartanah dan sebagainya).
Saya harap, setiap pihak yang berkenaan, gunakanlah istilah yang betul supaya tiada sebarang kekeliruan dari pihak client dan supaya masyarakat lebih faham yang hibah takaful ni adalah sebahagian dari financial tools pelengkap kepada financial tools yang lain khususnya apabila melibatkan harta pusaka dan sebagainya.
Untuk sesiapa yang tengah survey2 plan takaful yang focus kepada pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan (hibah takaful)...boleh la tanya di ruangan comment atau DM saya.
Sama-sama kita tingkatkan kesedaran berkenaan perancangan kewangan dikalangan masyarakat khusunya bumiputera Islam.
Info lanjut boleh check di ruangan comment.
Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group.