28/09/2023
Assalamualaikum..
Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul kepada semua yg beragama Islam..Jom kita ingat semula apa sebenarnya yg kita sambut ni dan untuk apa..
Haa..jom...
Maulidur Rasul ni merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, nabi&Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah dalam islam. Jadi, yg kita sambut Maulidur Rasul ni adalah sambutan bagi memperingati kita kepada hari kelahiran Rasulullah SAW.
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada
12 Rabiul Awal Tahun Gajah, iaitu pada hari Isnin bersamaan 20 April 571.
Untuk apa kita sambut??Sebab sambutan ni merupakan salah satu tanda bagaimana kita semua ni menunjukkan dan melahirkan lebih lagi rasa cinta dan sayangnya kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jadi, marilah kita sama2 perbanyakkan berselawat kerana dalam riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda βSesiapa yang berselawat ke atasku sekali , Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kaliβ ..
Wallahualam..