Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor

Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor LAMAN SOSIAL RASMI PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK TERAS PASAK BUMI MELAYU SELANGOR
(PPM-003-10-24012005) Peringkat 1 – Tali Pinggang Pra Hijau
ii.

Mukadimah

SENI SILAT GERAK TERAS PASAK BUMI MELAYU adalah merupakan salah satu seni warisan mempertahankan diri melayu di malaysia. Pertubuhan ini adalah pecahan dari Seni Silat Gerak Suci yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mahaguru Mokhtar Affandi pada tahun 1979 di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Didaerah Klang, Allahyarham Tuan Mahaguru Mokhtar Affendi telah mengiktiraf salah seorang di

kalangan anak muridnya iaitu Saudara Saiful Azhar B. Kampar sebagai Mahaguru untuk menerajui PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK TERAS PASAK BUMI MELAYU. Melalui beliau, Pertubuhan ini digiatkan di daerah Klang bermula tahun 1981 sehinggalah ke hari ini. Seni Silat ini mempunyai 25 Jurusan dengan 25 Buah dan diikuti dengan 25 Bunga Seni. Para pelatih akan diuji melalui beberapa peringkat iaitu :-
i. Peringkat 2 – Tali Pinggang Hijau
iii. Peringkat 3 – Tali Pinggang Pra Kuning
iv. Peringkat 4 – Tali Pinggang Kuning
v. Peringkat 5 – Tali Pinggang Pra Merah
vi. Peringkat 6 – Tali Pinggang Merah
vii. Peringkat 7 – Tali Pinggang Putih
Pada peringkat ini, seseorang boleh diiktiraf sebagai jurulatih. Sebagai menyahut seruan kerajaan, Pertubuhan ini serius dalam menangani masaalah gejala sosial pada masa kini. Sehubungan itu, Pertubuhan ini telah menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun bagi memupuk nilai2 jatidiri yang baik dikalangan para pesilat. Diharapkan usaha ini dapat dicapai bagi membantu kerajaan menghasilkan belia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di masa akan datang.

‘’ TAK MELAYU HILANG
DI DUNIA’’

Alhamdulillah selesai program gotong-royong qurban bersama Akademi An-Nawawi. Terima kasih kepada semua pesilat Gelangga...
27/05/2026

Alhamdulillah selesai program gotong-royong qurban bersama Akademi An-Nawawi.

Terima kasih kepada semua pesilat Gelanggang Kg Delek yang terlibat dan memberi komitmen serta kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal kebaikan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. 🤝✨

13/04/2026
13/04/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Infaq & Edaran Bubur Lambuk anjuran Gelanggang Cawangan Kg Delek dengan kerjasama p...
07/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Infaq & Edaran Bubur Lambuk anjuran Gelanggang Cawangan Kg Delek dengan kerjasama pihak Surau An-Nawawi (MLAN).

Terima kasih kepada semua yang menyumbang infaq, tenaga dan masa dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga semangat gotong-royong dan ukhwah ini terus kekal demi agama, bangsa dan masyarakat. 🤲✨

Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Pesilat Gelanggang Cawangan Kg Delek serta Penangguhan Lati...
13/02/2026

Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Pesilat Gelanggang Cawangan Kg Delek serta Penangguhan Latihan sempena menyambut bulan Ramadhan.

Semoga Ramadhan yang bakal tiba membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua. 🤲🏽

Assalamualaikum wbt.Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, terutamanya Paduka Mah...
01/01/2026

Assalamualaikum wbt.
Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, terutamanya Paduka Mahaguru Abah, Keluarga Pasak Bumi serta pihak penganjur program iaitu Gelanggang Pulau Indah, atas kejayaan menganjurkan dan menjayakan Program Perasmian ini dengan cemerlang. Komitmen, kerjasama serta pengorbanan yang dicurahkan amatlah dihargai. Semoga segala usaha ini menjadi amal kebaikan dan contoh terbaik buat kita semua pada masa akan datang. (Gelanggang Kg Delek)

Alhamdulillah, selesai sudah Program Kem Jati Diri! 🛡️Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Selangor (Cawangan Ge...
30/12/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Program Kem Jati Diri! 🛡️

Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Selangor (Cawangan Gelanggang Kampung Delek) telah berjaya mengikuti Program Kem Jati Diri yang berlangsung pada 27 hingga 29 Disember 2025 bertempat di Deruan Rimba Campsite Hulu Langat.

Program selama 3 hari 2 malam ini bukan sahaja memantapkan ilmu persilatan, malah memperkukuh disiplin, mental, dan ukhuwah antara ahli. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba dapat membentuk jati diri pendekar yang berhemah dan berani.

Terima kasih kepada semua guru, jurulatih, dan ahli jawatankuasa yang menjayakan program ini.

21/12/2025 Persembahan silat daripada Gelanggang Kg Delek di majlis perkahwinan bertempat di The Grand Hall The Lakepoin...
21/12/2025

21/12/2025 Persembahan silat daripada Gelanggang Kg Delek di majlis perkahwinan bertempat di The Grand Hall The Lakepoint Club Alam Impian Shah Alam.

Address

Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor:

Share