PSSCM Tunas IKS, ZAKAT PP

PSSCM Tunas IKS, ZAKAT PP Laman Info berkaitan aktivti-aktiviti kelas PSSCM Tunas Inapan Kasih Sayang, Zakat Pulau Pinang.

Kelas tunas cekak diuruskan bawah pentadbiran PSSCM Cawangan Seberang Perai.

14 Disember 2024 | Inapan Kasih Sayang, ZPPAlhamduLillah, kelas akhir tahun 2024 dan sesi penangguhan kelas telah dilaks...
14/12/2024

14 Disember 2024 | Inapan Kasih Sayang, ZPP

AlhamduLillah, kelas akhir tahun 2024 dan sesi penangguhan kelas telah dilaksanakan. 2024 adalah tahun pertama bagi kelas tunas PSSCM dijalankan di sini. Ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri khususnya Silat Cekak (PSSCM) dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak PSSCM Cawangan Seberang Perai.

Pelajar-pelajar dibekalkan dengan ilmu silat yang menititberatkan aspek penjagaan diri dari segi jasmani dan rohani. Di samping itu juga pelajar didedahkan dengan tujuan dan matlamat sebenar kenapa mereka perlu belajar ilmu silat ini.

Bersesuaian dengan rangkap pertama pantun Silat Cekak :

Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Silat merupakan pendidikan formal yang boleh dikaji secara ilmiah dan saintifik. Memberi ruang kepada pelajar mempelajari ilmu ini adalah satu usaha yang amat digalakkan.

Terima kasih kepada pihak Zakat Pulau Pinang. Semoga kita beroleh manfaat.

Sekian, terima kasih.







Lagu Tunas Cekak : Our Safety in Our Hands
23/11/2024

Lagu Tunas Cekak : Our Safety in Our Hands

"Silat Cekak sangatlah mudah,Bagi mereka yang mendapat hidayah,Sungguhpun begitu hendaklah tabah,InsyaAllah mendapat fae...
19/10/2024

"Silat Cekak sangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
InsyaAllah mendapat faedah."

Sebahagian rangkap Pantun Silat Cekak.

Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.

Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).

Zakat Pulau Pinang

PSSCM @ Silat Cekak
Bersama Bersatu
Ke arah melahirkan generasi yang sayangkan Agama, Bangsa dan Negara

Kelas Tunas Cekak PSSCMPenuntut diajar berdiri lurus (berdiri tegak) semasa menanti serangan. Apabila serangan sampai Ka...
12/10/2024

Kelas Tunas Cekak PSSCM

Penuntut diajar berdiri lurus (berdiri tegak) semasa menanti serangan. Apabila serangan sampai Kaedah digunakan dalam menangkis serangan tersebut. Kaedah tersebut diilhamkan dari pergerakan solat.

Ilmu menjaga diri ini penting kepada umat manusia dan ia selari dengan tuntutan Maqasid Syariah.

Belajar Silat bukan untuk bergaduh atau beradu kekuatan. Belajar silat adalah buat persediaan.

Ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab untuk menjaga diri dan memupuk rasa cinta dan kasih kepada Agama Bangsa dan Negara.

Hidup Cekak!!

Salam Maulidur Rasul 16 September 2024 / 12 Rabiu'l Awal 1446HIkhlas Daripada:Kelas Latihan Tunas PSSCM Inapan Kasih Say...
15/09/2024

Salam Maulidur Rasul
16 September 2024 / 12 Rabiu'l Awal 1446H

Ikhlas Daripada:
Kelas Latihan Tunas PSSCM Inapan Kasih Sayang, Zakat Pulau Pinang



Kelas ke-2 Tunas Cekak.Kehadiran pelajar seramai 73 orang.Asuhan rohani dan jasmani dalam didikan Silat Cekak.
07/09/2024

Kelas ke-2 Tunas Cekak.

Kehadiran pelajar seramai 73 orang.
Asuhan rohani dan jasmani dalam didikan Silat Cekak.

17 Ogos 2024 | Dewan Farabi, Inapan Kasih Sayang, ZAKAT P. PinangAlhamduLillah, telah berlangsungnya kelas pertama PSSCM...
17/08/2024

17 Ogos 2024 | Dewan Farabi, Inapan Kasih Sayang, ZAKAT P. Pinang

AlhamduLillah, telah berlangsungnya kelas pertama PSSCM Tunas IKS, ZAKAT PP dengan kehadiran seramai 74 orang pelajar dari IKS ini. Pelajar yang hadir terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6.

Kelas Tunas Cekak ini diwujudkan atas inisiatif pihak IKS untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang ilmu mempertahankan diri khususnya Silat. Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merupakan pilihan kerana ianya amat bersesuaian untuk dipelajari. Silibus matapelajaran Silat Cekak menggunakan kaedah-kaedah yang diilhamkan dari pergerakan solat dan buah-buah pelajarannya mudah dan ringkas untuk dipraktikkan. Bersesuaian untuk pelajar perempuan mahupun lelaki.

Terima kasih pihak IKS kerana menyediakan ruang belajar yang selesa dan kondusif.

Semoga dengan ilmu ini dapat melahirkan generasi yang sayangkan Agama Bangsa dan Tanah Airnya sekaligus dapat memberi manafaat kepada orang lain.

Kunjungan Hormat ke Inapan Kasih Sayang (IKS), Asrama Anak-Anak Asnaf yang diuruskan oleh Zakat Pulau Pinang16 Mei 2024 ...
16/08/2024

Kunjungan Hormat ke Inapan Kasih Sayang (IKS), Asrama Anak-Anak Asnaf yang diuruskan oleh Zakat Pulau Pinang

16 Mei 2024 | Inapan Kasih Sayang (IKS), Pongsu Seribu, Kepala Batas.

AlhamduLillah, telah diadakan kunjungan hormat ke Inapan Kasih Sayang (IKS) bagi membincangkan pembukaan Kelas Tunas Seni Silat Cekak Malaysia sebagai aktiviti anak-anak asnaf di IKS ini. Inapan Kasih Sayang (IKS) telah diwakili Pengurus IKS, Puan Siti Fatimah, HEP, Puan Farah dan juga Warden, Ustaz Afif.

PSSCM telah diwakili YDP Cawangan Seberang Perai, En. Shahril Bin Shahrom dan juga AJK Cawangan, Aliff Nazir. Perbincangan ini berjalan dengan lancar dan menerima maklum balas yang baik.

Pihak pentadbiran IKS akan membincangan cadangan ini di dalam mesyuarat dan berhasrat untuk memulakan kelas latihan pada bulan Jun sekiranya tiada halangan.

Address

Lot 4188, Mukim, 8, Jalan Pongsu Seribu
Kepala Batas
13200

Telephone

+601111616761

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM Tunas IKS, ZAKAT PP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PSSCM Tunas IKS, ZAKAT PP:

Share