Pusaka Hanafi Pulau Pinang

Call Directions Website

Pusaka Hanafi Pulau Pinang Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pulau Pinang

Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) merupakan salah satu seni silat Melayu yang unggul dan seni silat ini berpayung di bawah Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia serta merupakan salah sebuah persatuan yang bergiat aktif di negara ini. Bagi negeri Pulau Pinang, SCPH berpayung di bawah Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Pulau Pinang dan mempunyai kelas dan pusat latihan di beberapa kawasan termasuk di Institut Pengajian Tinggi dan sekolah. SCPH di peringkat negeri ditadbir oleh Ahli Majlis Eksekutif Negeri (AMEN) yang merupakan badan tertinggi dalam struktur pentadbiran yang membuat dasar dan polisi mengenai pengurusan dan pentadbiran persatuan di peringkat negeri.

MAKNA CEKAKMAKAN CEKAK merupakan peribahasa Melayu Kedah yang membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggun...
12/11/2026

MAKNA CEKAK

MAKAN CEKAK merupakan peribahasa Melayu Kedah yang membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Jelasnya silat ini adalah seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

11/11/2026

Silat Cekak Pusaka Pahlawan,
Bukannya Pelajaran Cara Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan.

10/11/2026

Puisi Silat dan Pahlawan:

Jika ada yang bertanya,
Perlukah lagi silat di zaman serba maju?
Jawablah...
Selagi ada Melayu...

Jika ditanya lagi,
Mampukah silat menangkis peluru?
Jawablah...
Silat kami bukan untuk menangkis peluru...

Dan jika ditanya lagi,
Bukankah itu membuang waktu?
Katakanlah...
Tidak, kerana silat juga mampu menjaga waktu,
Ia menjaga waktu agar tidak terlena,
Ia menjaga waktu agar tidak tertinggal bahtera,
Ia menjaga waktu agar tidak disisih arus perdana...

PENDAFTARAN PESERTA UJIAN SIJIL RENDAH PERSILATAN (SRP) SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI (ZON UTARA)Assalamualaikum wbt.Kepada ...
10/11/2026

PENDAFTARAN PESERTA UJIAN SIJIL RENDAH PERSILATAN (SRP) SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI (ZON UTARA)

Assalamualaikum wbt.

Kepada ahli-ahli Tamat Silat Cekak Pusaka Hanafi yang berminat untuk menyertai Ujian Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak Pusaka Hanafi, bolehlah mendaftar melalui link di bawah.

Link pendaftaran: https://forms.gle/TEBDV1GXpVeaxzZZ9

Butiran program seperti di bawah.

Tarikh: 5 Disember 2026
Hari: Sabtu
Waktu: 8 pagi
Lokasi: Dewan Peperiksaan PTAR UiTM Kampus Bertam, Pulau Pinang
Bayaran: RM120 / peserta

09/11/2026

Senaman lading oleh Pesilat Cekak Pusaka Hanafi.

08/11/2026

Jangan ragu-ragu nak belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi.
Setiap tenaga pengajar diberi tauliah mengajar secara tahunan.
Jom warga Penang, pakat mai belajar.

07/11/2026

Pergerakan silat yang mudah & ringkas. Silat Cekak Pusaka Hanafi sesuai dipelajari oleh
lelaki & perempuan.

07/11/2026

Silat Cekak Pusaka Hanafi,
Berdiri lurus & menangkis serangan,
Tidak berkekuda & tidak mengelak,
99% menunggu serangan & 1% menyerang.
Untuk warga Pulau Pinang, boleh hubungi nombor tertera di video untuk belajar atau untuk dapatkan maklumat lanjut.

Address

1668 Tingkat 1 Kedai 3 Tingkat, Taman Air Tawar Indah
Kepala Batas
13050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusaka Hanafi Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby gyms & sports facilities