Kejohanan Sukan KPKM Pulau Pinang 2026

Kejohanan Sukan KPKM Pulau Pinang 2026 Kejohanan sukan antara jabatan dibawah KPKM Pulau Pinang

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SUKAN KPKM INC. PULAU PINANG BIL. 2/202623 Julai 2026 (Khamis) – Telah berlangsung dengan j...
23/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SUKAN KPKM INC. PULAU PINANG BIL. 2/2026

23 Julai 2026 (Khamis) – Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan KPKM Pulau Pinang Bil. 2/2026 bertempat di Pejabat FAMA Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat ini telah menghimpunkan wakil daripada 10 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Negeri Pulau Pinang. Kehadiran semua wakil mencerminkan komitmen padu dalam menjayakan penganjuran sukan KPKM Inc. di peringkat negeri.

Mesyuarat kali kedua ini memberi tumpuan kepada perbincangan terperinci berkaitan jenis acara sukan yang akan dipertandingkan serta pelaksanaan cabutan undi bagi menentukan tuan rumah untuk setiap acara. Perancangan ini merupakan langkah penting dalam memastikan kelancaran penganjuran serta penyelarasan tugas antara jabatan dan agensi yang terlibat.

Sebanyak 14 acara sukan yang akan dipertandingkan antaranya :
* Futsal
* Bola Jaring
* Bola Tampar (Lelaki)
* Dart
* Tarik Tali
* Sepak Takraw
* Dam Aji
* Catur
* Congkak
* Batu Seremban
* Karom
* Ping Pong
* Bowling
* E-Sport FIFA

Penganjuran sukan ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga KPKM, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, semangat berpasukan serta kerjasama strategik antara jabatan dan agensi.

Diharapkan melalui perancangan rapi yang telah dibincangkan, Sukan KPKM Inc. Pulau Pinang akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, meriah dan memberi impak positif kepada semua peserta yang terlibat.







09/12/2024
Alhamdullilah dengan tamatnya perlawanan bola tampar lelaki dan wanita kelmarin maka berakhirlah Sukan KPKM Pulau Pinang...
13/10/2024

Alhamdullilah dengan tamatnya perlawanan bola tampar lelaki dan wanita kelmarin maka berakhirlah Sukan KPKM Pulau Pinang bagi edisi tahun 2024. Berikut adalah jumlah mata dan kedudukan terkini dengan MARDI berjaya menjadi juara bertahan, johan keseluruhan Sukan KPKM ini. Tahniah kepada semua agensi.

Address

Kepala Batas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kejohanan Sukan KPKM Pulau Pinang 2026 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category