NHDP Penang

NHDP Penang Penang Official

BAKAT MUDA HOKI BERSINAR DI KEJOHANAN NHDP PULAU PINANG 2025Lebih 20 Pasukan U10 dan U12 Sertai Pertarungan Hebat Selama...
29/06/2025

BAKAT MUDA HOKI BERSINAR DI KEJOHANAN NHDP PULAU PINANG 2025
Lebih 20 Pasukan U10 dan U12 Sertai Pertarungan Hebat Selama Dua Hari

BERTAM, 29 Jun – Suasana di gelanggang hoki Pulau Pinang berlangsung hangat apabila Kejohanan Hoki antara Pusat Latihan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Negeri Pulau Pinang 2025 membuka tirainya selama dua hari, menghimpunkan bakat-bakat muda tanah air dalam kategori bawah 10 tahun (U10) dan bawah 12 tahun (U12), lelaki dan perempuan.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan lebih 20 pasukan dari pusat latihan ,sekoah dan kelab sekitar negeri, yang bersaing secara kompetitif namun penuh semangat kesukanan. Aksi-aksi bertenaga, hantaran kemas dan gerakan serangan yang tersusun membuktikan bahawa anak-anak muda ini memiliki potensi besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia, En. V. Jayanandhan. Menurut Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) En.Izwan Firdaus, beliau menyatakan rasa kagum terhadap komitmen para pemain muda dan menyifatkan kejohanan ini sebagai bukti keberkesanan program pembangunan sukan hoki di peringkat akar umbi.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Suhaimi, yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha pembangunan sukan di negeri ini.

“Kita melihat bukan sahaja kemahiran yang dipamerkan, tetapi juga semangat berpasukan, disiplin dan keinginan untuk berjaya – inilah nilai yang membentuk atlet masa depan,” ujar En. Izwan Firdaus .

Para pemain yang berjaya muncul juara menerima piala kejohanan dan sijil penghargaan sebagai tanda pengiktirafan atas usaha mereka. Ibu bapa dan para penyokong turut membanjiri venue kejohanan, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada anak-anak mereka.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah berfungsi sebagai tapak awal mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan melalui sistem pembangunan NHDP.

Jurulatih NHDP Pulau Pinang ‘Turun Padang’ Gempur Ilmu di BertamBERTAM – Stadium Hoki Bertam bergema dengan semangat dan...
30/04/2025

Jurulatih NHDP Pulau Pinang ‘Turun Padang’ Gempur Ilmu di Bertam

BERTAM – Stadium Hoki Bertam bergema dengan semangat dan jeritan taktikal apabila semua jurulatih dari pusat latihan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Pulau Pinang berkumpul untuk menyertai Bengkel Kejurulatihan NHDP yang berlangsung penuh bersemangat, hari ini.

Bukan sekadar hadir sebagai peserta, para jurulatih menunjukkan komitmen luar biasa dalam menyerap ilmu kejurulatihan terkini yang disampaikan menerusi sesi teori dan praktikal sepanjang bengkel berlangsung.

Selama beberapa jam di padang dan bilik taklimat, pelbagai teknik moden, strategi permainan serta pendekatan latihan berstruktur dikupas dan dipraktikkan — semuanya demi memastikan mutu latihan di peringkat akar umbi terus mantap dan seiring dengan kehendak pembangunan hoki negara.

Menurut penganjur, kehadiran penuh jurulatih dari semua pusat latihan NHDP di negeri ini membuktikan kesungguhan mereka untuk terus memperkasakan pemain muda dan memastikan Pulau Pinang kekal sebagai antara negeri pencetus bakat hoki tanah air.

“Bengkel ini bukan sekadar berkongsi ilmu — ia medan membakar semula semangat kejurulatihan. Bila jurulatih berilmu, anak didik pasti menyinar,” kata Ketua Jurulatih Remaja Negeri Pulau Pinang.

Bertam bukan sahaja menjadi gelanggang latihan kali ini, tetapi medan menyemai inspirasi buat mereka yang berada di barisan hadapan pembangunan hoki negara.

31/10/2024
29/09/2024

Berikut merupakan Keputusan Perlawanan Kejohanan Hoki Kebangsaan NHDP Bawah 14 Tahun Lelaki yang berlangsung hari ini.

Jom hadir bersama di stadium bagi melihat bakat-bakat terbaik pemain muda tempatan dan antarabangsa beraksi.

Jumpa anda di sana!

07/09/2024

Berikut merupakan Jadual Perlawanan Hari Terakhir bagi Sukan Hoki, Karnival Sukan Wanita Kebangsaan 2024 yang berlangsung hari ini.

Karnival Sukan Wanita Kebangsaan 2024 bermula pada 3 hingga 9 September 2024 ini bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Jom hadir bersama di stadium bagi melihat bakat-bakat terbaik pemain muda tempatan beraksi.

Jumpa anda di sana!

04/09/2024
29/08/2024

Berikut merupakan Kedudukan Pasukan Kejohanan Hoki Kebangsaan NHDP Bawah 17 Tahun Lelaki setakat hari ini.

Kejohanan Hoki Kebangsaan NHDP Bawah 17 Tahun Lelaki bermula 27 Ogos sehingga 31 Ogos 2024 dengan penyertaan sebanyak 10 pasukan daripada seluruh negara yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Saksikan siaran langsung kesemua perlawanan di Youtube Majlis Sukan Negara.

Jom hadir bersama di stadium bagi melihat bakat-bakat terbaik pemain muda tempatan dan antarabangsa beraksi.

Jumpa anda di sana!

Sekitar Majlis penutup kejohanan Hoki U14 Antara Pusat Latihan  Zon Utara 2024
29/08/2024

Sekitar Majlis penutup kejohanan Hoki U14 Antara Pusat Latihan Zon Utara 2024

Address

Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NHDP Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category