Keningau Rugby Association

Keningau Rugby Association Peneraju sukan ragbi bagi daerah Keningau

Kami mendapat perkhabaran dukaAyahanda kepada cikgu Ruddy Deedy Daupin telah meninggal dunia kemarinSalam takziah kami u...
17/05/2026

Kami mendapat perkhabaran duka

Ayahanda kepada cikgu Ruddy Deedy Daupin telah meninggal dunia kemarin

Salam takziah kami ucapkan, dan kami berdoa agar cikgu Ruddy sekeluarga tabah menghadapi ujian ini

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman

Cikgu Ruddy merupakan pengasas dan bekas presiden kepada Persatuan Ragbi Daerah Keningau

Mendapat perkhabaran gembira dari bumi Port DicksonKV Keningau berjaya merangkul kejuaraan bagi National KV Sevens Div 1...
16/05/2026

Mendapat perkhabaran gembira dari bumi Port Dickson

KV Keningau berjaya merangkul kejuaraan bagi National KV Sevens Div 1 2026 yang diadakan di KV Port Dickson

KV Keningau mengungguli kejohanan tanpa sebarang kekalahan 🤯

Dengan kejayaan ini, sekali lagi admin ingin tekankan, ragbi akar umbi di Daerah Keningau membangun dengan jayanya

MSSD Keningau U18 (No3 MSS Sabah 2026)
MSSD Keningau U12 (Johan MSS Sabah 2026)
KV Keningau (Johan NKV Sevens Div 1 2026)

Semoga ada sinar untuk disediakan satu padang khas ragbi buat Daerah Keningau

Keningau Onsoi!

Update MSS Sabah 2026Pasukan Keningau U12 sekali lagi mengungguli takhta kejohananKemenangan bergaya menumpaskan Penampa...
14/05/2026

Update MSS Sabah 2026

Pasukan Keningau U12 sekali lagi mengungguli takhta kejohanan

Kemenangan bergaya menumpaskan Penampang U12 56-15 sekaligus menjadikan Keningau U12 selaku juara 5 tahun berturut-turut

Manakala pujian harus diberikan kepada pasukan Keningau U18, walaupun gagal untuk ke Final selepas tewas tipis 20-24 kepada Sandakan U18

Keningau U18 tetap membawa pulak kemanisan untuk tahun ini dengan berjaya menundukkan tuan rumah Penampang bagi merebut gelaran tempat ke 3

Ini sekaligus menampakkan bahawa ragbi akar umbi daerah Keningau sebenarnya berada di haluan yang betul dan tepat

Oleh itu, kami di PRDK berharap agar ada pihak yang sudi bekerjasama bersama persatuan dan sekolah-sekolah ragbi daerah Keningau

Supaya kita menjadi hub Ragbi terpenting di negeri ini

Semoga ada sinar padang ragbi yang ingin dibangunkan sejak tahun 2022 yang lepas

Keningau Onsoi!

Keningau Rugby updateMisi mempertahankan kejuaraan bagi pasukan MSSD Keningau U18 & U12Keningau U18 akan berdepan dengan...
13/05/2026

Keningau Rugby update

Misi mempertahankan kejuaraan bagi pasukan MSSD Keningau U18 & U12

Keningau U18 akan berdepan dengan cabaran dari Sandakan bagi merebut tempat ke Final

Manakala Keningau U12 selangkah lagi dalam mempertahankan kejuaraan sekaligus mencari Kejuaraan ke 5 tahun berturut-turut.

Dan yang menanti Keningau U12 di final adalah pasukan tuan rumah Penampang

Esok juga pasukan KV Keningau akan berangkat untuk National KV First Division di Port Dickson

Sama-sama kita doakan kejayaan berganda buat pasukan ragbi daerah kita

Keningau Onsoi!

Pada 23 April 2026 yang lepas, telah berlangsung Kejohanan MSSD Bawah 12 tahun bagi Daerah KeningauDi mana pada tahun in...
29/04/2026

Pada 23 April 2026 yang lepas, telah berlangsung Kejohanan MSSD Bawah 12 tahun bagi Daerah Keningau

Di mana pada tahun ini kita telah merekodkan satu sejarah baru dalam sukan ragbi peringkat akar umbi Daerah Keningau

Bukan sahaja kita dapat menembusi sekolah pedalaman 1, tapi ini juga merupakan penyertaan terbanyak dalam sejarah (14 buah sekolah yang bertanding)

Terima kasih diucapkan kepada PPD Keningau selaku penganjur yang dikelolakan oleh SK Mansiat

Tidak lupa kepada pengarah kejohanan Cikgu Amodd DT dan pasukan guru yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan pada tahun ini

Terima kasih juga diucapkan kepada barisan pengadil yang sanggup meluangkan masa datang dari jauh semata-mata untuk menjayakan kejohanan pada kali ini

Berikut merupakan keputusan penuh Kejohanan

Johan Cup - SK Kg Biah
N.Johan Cup - SK Mansiat
Ketiga Cup - SK Pasir Puteh
Keempat Cup - SK Kebulu

Johan Plate - SK Ulu Senagang
N.Johan Plate - SK Kg Keningau

Johan Bowl - SK Binaong
N.Johan Bowl - SK Merampong

Johan Shield - SK Dalit
N.Johan Shield - SK Sinua

Johan Spoon - SK Sinaron Tengah
N.Johan Spoon - SK Nandagan

Keningau Onsoi!

Congrats Titanium Rugby ClubThe best rugby academy in Sabah right now
10/04/2026

Congrats Titanium Rugby Club

The best rugby academy in Sabah right now

PRDK brought to you this weekend's rugby friendly matchKVKen VS Titanium RC VS Crocz RC VS SUKMA SarawakYes SUKMA Sarawa...
03/04/2026

PRDK brought to you this weekend's rugby friendly match

KVKen VS Titanium RC VS Crocz RC VS SUKMA Sarawak

Yes SUKMA Sarawak boys will be coming to Keningau as their preparation for the upcoming SUKMA

Why Keningau? Obviously you already know the answer 😎

Don't miss this opportunity to see all of these teams in action

Tomorrow 4th April (Saturday)
8:00am - 12:00pm
SMK Gunsanad II, Keningau

See you there!
Keningau Onsoi!

Persatuan Ragbi Daerah Keningau mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨  Maaf zahir dan batin kepada semua pemain, ...
20/03/2026

Persatuan Ragbi Daerah Keningau mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Maaf zahir dan batin kepada semua pemain, jurulatih, pengadil serta penyokong ragbi.
Semoga Aidilfitri ini membawa semangat perpaduan, kekuatan dan kejayaan berterusan di dalam dan luar padang.

Keningau Onsoi

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan si kucing belang,
Dua tiga baju raya dah dibeli,
Jodoh di hari raya tak datang ke sayang

Eh macam lagu

Perubahan venue untuk Friendly Match petang niCrocz vs TitaniumSMK Gunsanad IIJam 3PM - 6PM
22/11/2025

Perubahan venue untuk Friendly Match petang ni

Crocz vs Titanium

SMK Gunsanad II

Jam 3PM - 6PM

Keningau Rugby Friendly Match

Tomorrow 22 Nov 2025 (Saturday)

Between the local rivals Titanium RC & Crocz RC

For the preparation before going to Labuan 10s 2025 next month

Come and support us

Address

Keningau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keningau Rugby Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Keningau Rugby Association:

Share

Category