13/09/2026
KENINGAU, 12 SEPT, 2026 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Pesta Bola Merdeka GREG FC Sabah 2026 yang berlangsung pada 12 September 2026 di Padang SK Apin-Apin telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Program ini telah menghimpunkan seramai 46 orang pemain cilik daripada kategori Bawah 9, Bawah 11 dan Bawah 12 tahun dalam suasana penuh semangat kesukanan dan patriotisme sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan keseronokan bermain bola sepak. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya keberanian mencuba, semangat berpasukan dan pembentukan sahsiah adalah matlamat sebenar program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
✅ Ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan ikhlas untuk program ini
✅ Para sukarelawan, pengadil dari Guru pelatih IPG Keningau, alumni GREG FC dari SMK Bingkor dan SMK Apin-Apin, dan urus setia program
✅ Pentadbir, Krew-krew persiapan padang dan staf SK Apin-Apin yang membantu menjayakan program
✅ keluargaku yang dikasihi
✅ Para penaja dan penyumbang yang menghulurkan sumbangan serta sokongan, Mr. Moddy Patrick, Mr. Mazlan GOMOGI Manager, FL Niaga Enterprise, Nur Enterprise, tidak lupa kepada Mr. Januario Bundoi, YDP PIBG SK Apin-Apin yang sanggup bersama-sama kami dari awal hingga akhir program dengan sokongan penuh. Onsoi moonsoi 👍👍
Tahniah juga kepada semua pemain yang menerima pingat penyertaan dan kemenangan sebagai kenangan dan motivasi untuk terus aktif dalam sukan bola sepak bersama GREG FC. Jangan jera💪
Semoga program ini menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat muda luar bandar serta melahirkan generasi yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing.
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan dinikmati”