RS Athletics Club Keningau

RS Athletics Club Keningau Athletics Training Service

14/01/2026

Kenali Pasukan Kejurulatihan RS Athletics Club 2026

RS Athletics Club (RSAC) komited dalam melahirkan atlet berprestasi melalui bimbingan pasukan jurulatih yang berpengalaman dan berdedikasi.
Bagi tahun 2026, pasukan kejurulatihan RSAC merangkumi semua pusat latihan di seluruh negeri Sabah bagi memastikan pembangunan atlet yang berterusan, tersusun dan berkualiti.

📍 3 Pusat latihan dalam negeri Sabah
👥 Jurulatih berpengalaman & bertauliah
🎯 Fokus pembangunan atlet jangka panjang

Bersama RSAC, kita bina generasi atlet Sabah yang lebih cemerlang.

RSAC - Beyond the limit

05/01/2026
*Pendaftaran RSKAL 2026 – League 1 kini dibuka!*Warga Keningau dan daerah-daerah berdekatan, jangan lepaskan peluang unt...
04/12/2025

*Pendaftaran RSKAL 2026 – League 1 kini dibuka!*

Warga Keningau dan daerah-daerah berdekatan, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kejohanan ini. RSKAL 2026 akan berlangsung pada 14 & 15 Februari 2026 bertempat di Kompleks Sukan Daerah Keningau.

📌 Daftar sekarang sebelum slot acara penuh!

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai kejohanan, sila layari portal rasmi RSKAL 2026 melalui QR code pada poster atau pautan berikut: https://www.jotform.com/app/RSAC/RSKAL2026

Mari sertai kami
31/10/2025

Mari sertai kami

Bintang RSAC Keningau yg terus bersinar di Kejohanan Olahraga MSSM Perlis 2025, tahniah Cassandra Joanna Patrick
20/08/2025

Bintang RSAC Keningau yg terus bersinar di Kejohanan Olahraga MSSM Perlis 2025, tahniah Cassandra Joanna Patrick

CASSANDRA JOANNA PATRICK — BERLARI DENGAN MARUAH, BERJUANG DENGAN GAYA! 🔥🥈🇲🇾

Rakaman setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat anak bimbingan kami, Cassandra Joanna Patrick, atas pencapaian membanggakan sebagai Naib Juara 100m Lari Berpagar Perempuan 18 Tahun di MSSM 2025, Perlis! 🏁

Dengan catatan masa 14.72s, Cassandra bukan saja konsisten sejak menjuarai MSSS 2025 di Tambunan (14.60s), malah berjaya mengekalkan prestasi tinggi di pentas kebangsaan — satu pencapaian yang hanya dicapai oleh atlet luar biasa!

Lebih istimewa, Cassandra kini mengukuhkan reputasinya bukan sekadar sebagai bintang negeri, malah sebagai bekas juara SEA Youth U18 2024 dan simbol harapan Sabah di peringkat lebih tinggi. 🌍

Beliau tidak hanya membawa nama negeri Sabah, tetapi mewakili semangat Sabah yang berani, fokus, dan tidak pernah menyerah!

Tahniah, Cassandra — teruslah berlari dengan semangat dengan kelas yang tersendiri. Kami bangga bersamamu dalam setiap langkah!

Seorang lg atlit RSAC Keningau yang menyinar di Kejohanan Olahraga MSSM Perlis 2025, tahniah Adik Isabel
20/08/2025

Seorang lg atlit RSAC Keningau yang menyinar di Kejohanan Olahraga MSSM Perlis 2025, tahniah Adik Isabel

Isabel Marryanne Jufine: Lompatan Emas yang Membanggakan

Tahniah buat atlet muda RSAC, Isabel Marryanne Jufine, yang mencipta detik manis di pentas Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-65 di Perlis! 🇲🇾✨

Selepas meraih pingat perak di MSSS Tambunan dengan lompatan setinggi 1.38m, Isabel bangkit dengan semangat luar biasa dan berjaya menamatkan aksi di MSSM dengan lompatan emas 1.50m, sekali gus berkongsi tempat pertama bersama atlet dari Selangor.

Pencapaian ini bukan sekadar kemenangan di atas kertas, tetapi bukti kepada kerja keras, disiplin, dan dedikasi Isabel sepanjang musim latihan. Sebagai salah seorang atlet pelapis RSAC, kejayaan ini menjadi inspirasi buat rakan-rakan sepasukan yang lain untuk terus berjuang.

Syabas Isabel! Teruskan rentak cemerlang anda. Tiada had bagi mereka yang berani melangkaui batas kemampuan sendiri.. 💪🏆

13/07/2025

Legend Sabah!

11/07/2025

Address

Kompleks Sukan Keningau
Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RS Athletics Club Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category