Wellness Hub Keningau

Wellness Hub Keningau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Keningau, Personal trainer, Keningau.

17/03/2026
💥" Jom sertai kami dalam Ramadan Recharge : Perlukah bersenam ketika puasa "💥Pengisian aktiviti :- ✅ Pocket Talk ✅ Tunju...
14/03/2026

💥" Jom sertai kami dalam Ramadan Recharge : Perlukah bersenam ketika puasa "💥

Pengisian aktiviti :-
✅ Pocket Talk
✅ Tunjuk cara senaman
✅ Zumba

🗓️18 Mac 2026
⏰4.00 Petang
📍Wellness Hub Keningau, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

Jom daftar, imbas kod qr sekarang ! Terhad kepada 50 Orang terawal 💃💃

Jumpa kamurang nanti ✨✨



Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

POCKET TALK SEMPENA PROGRAM "THE CONSCIOUS CRAVINGS IFTAR PROJECT"✨The Mindful Fast : Kesihatan Mental Bulan Ramadan ✨✅1...
13/03/2026

POCKET TALK SEMPENA PROGRAM "THE CONSCIOUS CRAVINGS IFTAR PROJECT"

✨The Mindful Fast : Kesihatan Mental Bulan Ramadan ✨

✅12 Mac 2026 (Khamis)
📌Wellness Hub Keningau, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan kita, Ustazah Solitah Sundang, SM Agama Negeri Keningau dan Puan Nurul Nazwanie Nasywa Ahmad Zain, Pegawai Psikologi (Kaunseling) atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental sepanjang bulan Ramadan, serta panduan bagaimana mengamalkan puasa secara lebih sedar dan seimbang dari segi emosi, rohani dan fizikal.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Kehadiran serta penglibatan anda semua telah memeriahkan lagi program ini.

Semoga segala perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan membantu kita menjalani Ramadan dengan lebih tenang, sihat dan bermakna.

✨Jumpa lagi sesi yang akan datang,
Terima kasih atas sokongan semua! 🤍

🌙JOM SERTAI POCKET TALK SEMPENA RAMADAN🌙✨ THE MINDFUL FAST:Kesihatan Mental Semasa Ramadan – Apa Perlu Anda Lakukan? ✨Ra...
06/03/2026

🌙JOM SERTAI POCKET TALK SEMPENA RAMADAN🌙

✨ THE MINDFUL FAST:
Kesihatan Mental Semasa Ramadan – Apa Perlu Anda Lakukan? ✨

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa terbaik untuk menjaga kesihatan mental, emosi dan rohani.

📢 Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau menjemput anda untuk menyertai Pocket Talk khas Ramadan yang akan membincangkan cara mengurus kesihatan mental sepanjang bulan puasa.

📅 Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
⏰Masa: 2.30 Petang
📍Lokasi: Wellness Hub Keningau,
Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

🎤 Panel Jemputan:
👩🏻‍🏫 Ustazah Solitah Sundang
(SM Agama Negeri Keningau)

👩🏻‍⚕️ Pn Nurul Nazwanie Nasywa Ahmad Zain
(Pegawai Psikologi Kaunseling)

🎁 Menarik untuk peserta:
✅ E-Sijil disediakan
✅ Kit berbuka puasa
✅ Terhad kepada 30 orang terawal sahaja

📲 Penyertaan adalah PERCUMA!
Daftar sekarang melalui QR Code pada poster.

⚡ Tempat adalah terhad – siapa cepat dia dapat!







Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

✨ Aktiviti Pengisian Ramadan – Libat Urus Bersama JHEAINS Keningau✨💥 A CLEARER RAMADAN: Hijrah Kesihatan, Mampukah Anda ...
05/03/2026

✨ Aktiviti Pengisian Ramadan – Libat Urus Bersama JHEAINS Keningau✨

💥 A CLEARER RAMADAN: Hijrah Kesihatan, Mampukah Anda Untuk Berhenti?
📅 4 Mac 2026
🗣️ Pocket Talk & Saringan CO Analyzer

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Kalana bin Lias, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Keningau, atas kesudian hadir menyampaikan pocket talk yang sangat bermakna kepada para peserta.

Ucapan terima kasih juga kepada Dr. Mark Collin, Pegawai Perubatan, Unit Penyakit Tidak Berjangkit Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau sebagai penceramah jemputan yang turut berkongsi ilmu, pandangan serta kesedaran berkaitan kesihatan kepada semua yang hadir.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

🌙 Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, kesihatan dan kebaikan kepada kita semua.

Kita jumpa lagi dalam sesi pengisian yang akan datang.

💪 Sempena Hari Obesiti Sedunia, jom kita ambil langkah proaktif untuk kesihatan diri dan keluarga!JOM CEGAH OBESITI DENG...
04/03/2026

💪 Sempena Hari Obesiti Sedunia, jom kita ambil langkah proaktif untuk kesihatan diri dan keluarga!

JOM CEGAH OBESITI DENGAN 5 CARA INI:

✅ Ambil peduli status Body Mass Index (BMI) anda
Ketahui julat BMI anda dan sasarkan BMI normal untuk kurangkan risiko penyakit.

✅ Makan mengikut konsep Suku-Suku Separuh & Piramid Makanan Malaysia.
Amalkan pemakanan yang seimbang, sederhana & pelbagai dalam setiap hidangan.

✅ Ambil serat mengikut saranan
Pilih lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan & bijirin penuh setiap hari.

✅ Minum air kosong 6–8 gelas sehari
Untuk kekal hidrat & membantu mengangkut nutrien serta bahan buangan dalam badan.

✅ Lakukan senaman berintensiti sederhana selama 150–300 minit seminggu
Contohnya berjalan laju, berbasikal atau berenang - konsisten itu kunci!

✨ Perubahan kecil, jika dibuat secara konsisten, mampu beri impak besar kepada kesihatan.
Mulakan hari ini, demi diri dan keluarga tersayang.






Jom Sertai kami dalam program:-A CLEARER RAMADAN : "HIJRAH KESIHATAN, MAMPUKAH ANDA BERHENTI?"Mahu berhenti merokok sebe...
26/02/2026

Jom Sertai kami dalam program:-
A CLEARER RAMADAN : "HIJRAH KESIHATAN, MAMPUKAH ANDA BERHENTI?"

Mahu berhenti merokok sebelum habis bulan Ramadan ??
dan mulakan langkah sihat baharu??
Anda dijemput hadir secara percuma.
Penuh info praktikal, motivasi, dan saringan kesihatan untuk bantu anda berhenti.

📅 Tarikh: 04 Mac 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 2.30 petang
📍 Lokasi: Wellness Hub Keningau

Anjuran : Wellness Hub Keningau Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

🗣️ Penceramah Jemputan:
• Dr Mark Collin Jim Galantas (Pegawai Perubatan, Unit NCD)
• Tuan Hj Kalana bin Lias (Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Keningau)

✨ Apa yang anda akan dapat:
✅ E-sijil penyertaan
✅ Kit berbuka puasa
✅ Terhad kepada 30 orang terawal — cepat!
✅ Saringan kesihatan (CO Analyzer)

📲 Pendaftaran dibuka sehingga 3 Mac 2026 secara PERCUMA, imbas QR pada poster / daftar sekarang. Tempat terhad!

25 Februari 2026: Aktiviti promosi kesihatan Penyakit Tuberkulosis (TB) bertempat di Bazar Ramadan Bandar Baru Keningau ...
26/02/2026

25 Februari 2026: Aktiviti promosi kesihatan Penyakit Tuberkulosis (TB) bertempat di Bazar Ramadan Bandar Baru Keningau oleh Unit Promosi Kesihatan dan Unit Tibi Kusta, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah advokasi, nasihat individu dan edaran risalah berkaitan penyakit tuberkulosis.





🗓️ 25 FEBRUARI 2026 (RABU)📌 PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DEWAN SLDB, DALIT GANA, SOOKAnggota kesihatan Pejabat Kesih...
25/02/2026

🗓️ 25 FEBRUARI 2026 (RABU)
📌 PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DEWAN SLDB, DALIT GANA, SOOK

Anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau melaksanakan aktiviti di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SLDB, Dalit Gana, Sook.

✅ Pendidikan kesihatan seperti nasihat individu, tunjuk cara dan perbincangan kumpulan kecil di Pusat Pemindahan Banjir berkaitan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri semasa dan selepas banjir termasuk pecegahan penyakit.
✅️ ⁠Pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan rawatan kepada penduduk di PPS.
✅ Pemeriksaan pembekal makanan, kebersihan persekitaran dan bekalan air.

‼️ Jaga kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir. Elakkan penyakit bawaan air & keracunan makanan semasa & selepas musim banjir.
‼️ Awasi anak-anak anda dan jangan biarkan mereka bermain dengan air banjir agar terlindung daripada penyakit bawaan air.
‼️ Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan








13 Feb 2026 || Saringan Kecergasan Komuniti
14/02/2026

13 Feb 2026 || Saringan Kecergasan Komuniti

12 Feb 2026 Aerodance || KomunitiSyabas dan tahniah kepada semua yang hadir sesi Aerodance dan tidak dilupakan kepada co...
13/02/2026

12 Feb 2026
Aerodance || Komuniti

Syabas dan tahniah kepada semua yang hadir sesi Aerodance dan tidak dilupakan kepada coach² yang sudi datang . Terima kasih dan jumpa lagi di sesi yang akan datang.

Come n Join Us ! 💃SAIEF Aerodance💃Jangan lepaskan peluang ini 🗓️ Tarikh : 12 Februari 2026 (Khamis)⏰ Masa : 4.00 petang ...
11/02/2026

Come n Join Us !

💃SAIEF Aerodance💃

Jangan lepaskan peluang ini

🗓️ Tarikh : 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
📍 Tempat : Wellness Hub Keningau

✨ Terbuka kepada semua
✨ E-sijil akan disediakan
✨ Percuma sahaja

Untuk pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan : Coach Ain (01131648896)

Address

Keningau
89###0 TO 89###9

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wellness Hub Keningau:

Share