28/10/2024
KEJOHANAN TERBUKA TAMBUNAN U12-Anjuran Sunflower Football Academy.
Kejohanan kali ini berjaya mengumpulkan 40 pasukan dari seluruh Sabah. Pasukan K3D Football Club telah menghantar 2 pasukan ke kejohanan ini. Pasukan A telah diletakkan dalam kump**an E bersama 4 pasukan lain iaitu Tuubagu FA, Sunflower FA B, K.K.S FC dan PMD JR U12. Manakala pasukan B p**a berada di kump**an B yang turut disertai oleh MMT Jr, Legawa FC, KK Central FC dan Sunflower FA A.
Pasukan K3D A telah memulakan perlawanan melawan Tuubagu dengan keputusan seri 0-0. Kemudian berjaya mengalahkan pasukan PMD Jr FC dengan 4-1. Pada perlawanan ke-3, sekali lagi mencatat keputusan seri 0-0 dengan pasukan tuan rumah iaitu Sunflower FA B. Kemudian pada perlawanan terakhir kump**an berjaya mencatat kemenangan ke-2 dengan 2-1 mengalahkan KKS FC untuk mengungguli kump**an E.
Berjaya ke pusingan 16 sebagai juara kump**an, mempertemukan dengan pasukan Aprisma FC dari kump**an F. Kedua pasukan ini yang berasal dari Keningau saling memberikan saingan sengit untuk mencari peluang layak ke Suku Akhir. Setelah tamat permainan kedua pasukan yang sememangnya saling mengenali ini terpaksa akur dengan keputusan seri 0-0. Kemenangan akhirnya terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti yang telah berjaya dimenangi oleh K3D A dengan 3-2.
Layak ke Suku Akhir, K3D FC A bertemu dengan pasukan Garden City United dari Sandakan. Perlawanan berlangsung sengit namun sekali lagi akur dengan keputusan seri 0-0. Sekali lagi kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. K3D FC A terpaksa menerima kekalahan apabila tewas sepakan penalti 3-4.
Berakhirnya saingan K3D FC A dalam kejohanan ini namun kami sangat berpuas hati dan berbangga. Bangga dengan semangat juang para pemain, sokongan padu dari ibubapa untuk merealisasikan impian anak-anak K3D untuk menyertai kejohanan ini.
Sekali lagi TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua pihak..coaches yang bertungkus lumus menyediakan para pemain, ibubapa yang menjadi tulang belakang dan tukang sorak sepanjang saingan ini dan para penyumbang yang terus menyokong kami dari aspek kewangan untuk memastikan perjuangan dan impian anak-anak K3D dapat dicapai.
Tahniah juga kepada pihak penganjur Sunflower Football Academy atas berjayanya penganjuran ini.
Kepada semua pasukan khususnya para pemenang kali ini...
JUARA: JUBILO FC (Kota Belud)
NAIB JUARA: PERISAI FC (Sandakan)
Ke-3: MMT Jr (Keningau)
Ke-4: Garden City United (Sandakan)
TAHNIAH SEMUA. Kita jumpa lagi di kejohanan lain.