Kelab Rekreasi Ruwas Bahagian Kapit

Kelab Rekreasi Ruwas Bahagian Kapit KELAB REKREASI RUWAS Non

26/03/2025
19/01/2025
10/01/2025

๐Ÿ“Œ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐—œ๐—— adalah identiti tunggal dalam talian yang membolehkan orang awam log masuk (single sign-on) ke saluran digital Kerajaan Sarawak.

SarawakID diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak, sebagai satu platform inovatif untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. Sistem ini membolehkan pengguna mengurus maklumat peribadi, mendaftar perkhidmatan, serta melaksanakan transaksi berkaitan kerajaan dengan mudah melalui peranti mereka.

Pengguna perlu mendaftar akaun SarawakID dengan menggunakan nombor MyKad (kad pengenalan kebangsaan Malaysia). Selepas pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke akaun untuk mengurus profil, mengakses perkhidmatan, dan menerima notifikasi berkaitan.

Sekiranya pengguna terlupa nama pengguna atau kata laluan, mereka boleh memulihkan akaun dengan memilih opsyen "Terlupa Sarawak ID" atau "Terlupa Kata Laluan" pada skrin log masuk.

Bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar, pengguna perlu mengingati alamat e-mel atau nombor telefon yang telah didaftarkan. Jika kedua-dua maklumat ini tidak dapat diingat, mereka disarankan untuk menghubungi Talikhidmat melalui e-mel atau telefon untuk mendapatkan bantuan lanjut. Ataupun, boleh mengunjungi Pusat Service Sarawak yang terdekat.

Terlupa SarawakID: https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/recover/?f=sid

Terlupa Kata Laluan: https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/recover/?f=pwd

10/01/2025

BERHATI-HATI TERHADAP SCAMMER PEMBAYARAN BIL AIR

Pihak JBALB Sarawak ingin memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap scammer pembayaran bil air seperti pada gambar yang tular di media sosial.

Walaupun insiden ini tidak terjadi di Sarawak, namun demikian pihak kami ingin menyarankan orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berhadapan dengan situasi ini.

Pihak JBALB ingin menegaskan bahawa semua urusan pembayaran bil air hanya dilakukan melalui saluran rasmi, termasuk kaunter pembayaran yang sah, laman web rasmi, atau aplikasi mudah alih yang diiktiraf.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan ini.

09/01/2025

JURUTERA AIR BAHAGIAN JBALB SARAWAK

Setiap pejabat JBALB Bahagian diketuai oleh seorang ketua bergelar Jurutera Air Bahagian atau โ€˜Divisional Water Engineerโ€™ (DWE).

Jurutera Air Bahagian ini berperanan penting dalam memastikan pengurusan bekalan air di setiap bahagian dijalankan dengan berkesan.

Peranan Jurutera Air ini adalah untuk memastikan bekalan air yang mencukupi, selamat dan berkualiti kepada para pengguna

Gambar Duduk (Kiri-Kanan)
1. Puan Mimfa Ong (Sri Aman)
2. Encik Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah Awang Najeri (Kuching)
3. Encik Lai Kien Hong (Bintulu)
4. Encik Ts. Fadil Kawi (Miri)
5. Puan Ir. Ts. Qairuniza Roslan (Serian)

Gambar Berdiri (Kiri-Kanan)
1. Encik Andres Inchatekoster Anyap (Kapit)
2. Encik Ts. Adzahari Baini (Samarahan)
3. Encik Frezzal Faisal (Limbang)
4. Puan Ts. Sally Tang Nga Lin (Sibu)
5. Encik Ts. Chieng Ghin Wei (Sarikei)
6. Encik Ir. Tay Chiaw Teck (Betong)
7. Encik Ir. Abang Ismail Abang Selim (Mukah)

31/12/2024

TERIMA KASIH 2024 !

Tahun 2024 telah melakar beberapa pencapaian dan transformasi yang amat signifikan bagi JBALB Sarawak di bawah satu tahun kepimpinan Tuan Pengarah, Yang Berusaha Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan.

Pihak JBALB Sarawak ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang tahun 2024 ini.

The year 2024 has been a beautiful journey, filled with achievements, meaningful experiences and proud accomplishments for JBALB Sarawak.

Any shortcomings will be rectified and further enhanced.

Terima kasih semua

Address

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Bahagian Kapit
Kapit
96800

Telephone

+6084796135

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rekreasi Ruwas Bahagian Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category