16/06/2025
Selesai Sudah Pertandingan anjuran Kelab Sepak Takraw Sri Balleh (KESTARB) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan ini diadakan selama 2 hari di Gelanggang Sukan Pelbagai Guna Pekan Song Kapit melibatkan 15 Regu Lelaki yang terdiri daripada pemain dari 3 daerah iaitu Daerah Kapit, Daerah Song dan Daerah Kanowit. Perlawanan peringkat kumpulan diadakan pada 14 Jun 2025 manakala perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir diadakan pada 15 Jun 2025. Johan membawa Medal, Sijil dan Wang Tunai RM300 , Naib Johan membawa Medal, Sijil dan Wang Tunai RM200 dan Tempat Ketiga membawa Medal, Sijil dan Wang Tunai RM100. Pertandingan telah dimenangi oleh Raja Kerbau (JOHAN), STGK C (NAIB JOHAN), STGK E dan PJAJ A (TEMPAT KETIGA BERSAMA). Hadiah disampaikan oleh Martin Sherman Anak Minggu (Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit) dan Presiden KESTARB Allexion Panyei.