Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis, Jalan Hospital, Kangar.

PROGRAM Y-HUB - KELAS MENGAJI AL-QURAN KANGAR, PERLIS - 13 Jun 2026 Berlangsungnya Program Kelas Mengaji Al-Quran di baw...
13/06/2026

PROGRAM Y-HUB - KELAS MENGAJI AL-QURAN

KANGAR, PERLIS - 13 Jun 2026 Berlangsungnya Program Kelas Mengaji Al-Quran di bawah program Y-Hub Peringkat Negeri Perlis bagi Tahun 2026.

Program ni melibatkan golongan belia di sekitar Negeri Perlis. Objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang para belia dengan aktiviti yg memberi manfaat disamping menyediakan ruang yang selesa dan selamat untuk beraktiviti.

Penganjuran program Y-Hub merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Beliawanis Unggul Arau Perlis.



  🎳 KEJOHANAN BOLING TERBUKA WANITA WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 🎳Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani! πŸ‘‹βœ¨...
11/06/2026


🎳 KEJOHANAN BOLING TERBUKA WANITA WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 🎳

Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani! πŸ‘‹βœ¨

Panggilan buat semua wanita warga emas (60 tahun dan ke atas) yang aktif dan berbakat di luar sana! Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama KRM Tok Kandang membawakan khas kepada anda:

Sertai kami dalam mencungkil bakat, merapatkan ukhuwah, dan membudayakan gaya hidup sihat melalui sukan boling.

Maklumat kejohanan adalah seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)

πŸ“ Tempat: Perlis Bowl The Store Kangar, Perlis

⏰ Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran)

πŸ‘₯ Penyertaan: Terhad kepada 100 ORANG SAHAJA! (Pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat)

Bagaimana Untuk Mendaftar?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu:

Imbas Kod QR yang tertera pada poster hebahan untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran digital.

atau tekan link ini:
https://forms.gle/TZk3Mhyv33t5oycs8

Sertai kami sekarang sebelum kuota penyertaan penuh!

Jangan lepaskan peluang emas ini untuk membuktikan bahawa usia hanyalah angka dan wanita warga emas Perlis tetap cergas dan bertenaga! πŸ’ͺπŸ”₯

*************************
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Sukan, Unit OKU JBS Perlis –Encik Dziyaul Azhan bin Abdul Rahman– 017-9966227

πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI: PERUBAHAN TARIKH & LOKASI PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIRAssalamualaikum dan salam sejahtera...
11/06/2026

πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI: PERUBAHAN TARIKH & LOKASI PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Kursus Penternakan Kambing di bawah program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir yang sebelum ini dijadualkan pada 20 & 21 Jun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis telah DITUNDA DAN DIPINDAHKAN LOKASI.

πŸ“… Tarikh Baharu:
27 & 28 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)

πŸ“ Lokasi Baharu:
Dewan Serbaguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis

⚠️ Terhad kepada 40 peserta sahaja!

Bagi yang telah melihat atau berkongsi poster terdahulu, mohon ambil maklum tentang perubahan ini dan kongsikan poster terkini kepada rakan-rakan yang berminat.

πŸ“² Pendaftaran masih dibuka melalui kod QR pada poster.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
☎️ 04-9793505
πŸ“± 012-4236772 (Farhan Sahidan)

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. Jumpa anda di sana!

πŸš΄β€β™‚οΈπŸ€ KUNJUNGAN HORMAT CEO MEP21 KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLISKANGAR, PERLIS – Jabatan Belia dan Sukan Negeri...
09/06/2026

πŸš΄β€β™‚οΈπŸ€ KUNJUNGAN HORMAT CEO MEP21 KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS

KANGAR, PERLIS – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MEP21, Encik Ku Hasrin Ku Abdul Rahman, yang turut merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Berbasikal Negeri Perlis.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah JBSN Perlis, Encik Muhammad Suhaimi Md Saad, dalam suasana penuh mesra dan profesional.

Pertemuan ini menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta bertukar pandangan mengenai usaha pembangunan sukan berbasikal di Negeri Perlis. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah perancangan program pembangunan bakat, penganjuran aktiviti dan kejohanan berbasikal, serta inisiatif bagi meningkatkan penyertaan masyarakat khususnya golongan belia dalam sukan tersebut.

Selain itu, kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan mengenai potensi Perlis sebagai destinasi aktiviti dan penganjuran sukan berbasikal yang mampu menarik penyertaan dari dalam dan luar negeri.

JBSN Perlis merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat yang diadakan dan berharap kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkasakan demi memajukan pembangunan sukan berbasikal serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi dari Negeri Perlis.






🀝 KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERLIS KE JBSN PERLISKANGAR, PERLIS – Jabatan...
09/06/2026

🀝 KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERLIS KE JBSN PERLIS

KANGAR, PERLIS – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perlis, Encik Muhammad Faizul Mazlan, bertempat di Pejabat JBSN Perlis.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah JBSN Perlis, Encik Muhammad Suhaimi Md Saad. Pertemuan ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi serta membincangkan peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan belia, komuniti dan industri kreatif di Negeri Perlis.

Selain bertukar pandangan mengenai program dan inisiatif yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi ini turut membuka ruang kepada perkongsian idea dalam memperkasakan penglibatan belia melalui aktiviti berkaitan seni, kraftangan, keusahawanan dan pembangunan komuniti.

JBSN Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat yang diadakan dan berharap hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat serta pembangunan Negeri Perlis.





🎳 KEJOHANAN BOLING TERBUKA WANITA WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 🎳Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani! πŸ‘‹βœ¨Pa...
07/06/2026

🎳 KEJOHANAN BOLING TERBUKA WANITA WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 🎳

Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani! πŸ‘‹βœ¨

Panggilan buat semua wanita warga emas (60 tahun dan ke atas) yang aktif dan berbakat di luar sana! Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama KRM Tok Kandang membawakan khas kepada anda:

Sertai kami dalam mencungkil bakat, merapatkan ukhuwah, dan membudayakan gaya hidup sihat melalui sukan boling.

Maklumat kejohanan adalah seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)

πŸ“ Tempat: Perlis Bowl The Store Kangar, Perlis

⏰ Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran)

πŸ‘₯ Penyertaan: Terhad kepada 100 ORANG SAHAJA! (Pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat)

Bagaimana Untuk Mendaftar?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu:

Imbas Kod QR yang tertera pada poster hebahan untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran digital.

atau tekan link ini:
https://forms.gle/TZk3Mhyv33t5oycs8

Sertai kami sekarang sebelum kuota penyertaan penuh!

Jangan lepaskan peluang emas ini untuk membuktikan bahawa usia hanyalah angka dan wanita warga emas Perlis tetap cergas dan bertenaga! πŸ’ͺπŸ”₯

*************************
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Sukan, Unit OKU JBS Perlis –Encik Dziyaul Azhan bin Abdul Rahman– 017-9966227

πŸ“… 18 Jun 2026 (Khamis) ⏰9.00 Pagi πŸ“Perlis Bowl The Store Kangar

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun keputeraan ke-80 kepada Duli Yang Maha Mulia Tuank...
06/06/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun keputeraan ke-80 kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta dilanjutkan usia dalam limpah rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Daulat Tuanku.

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahSempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tengku Puteri Mahkota Perlis, ...
05/06/2026

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tengku Puteri Mahkota Perlis, Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira Binti DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Semoga Yang Amat Mulia dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Semoga Negeri Perlis terus maju, makmur dan sejahtera di bawah naungan institusi diraja yang dihormati.

Daulat Tuanku. πŸ‘‘

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

🐐 KURSUS PENTERNAKAN KAMBING AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 🐐Minat dalam bidang penternakan? Ingin menambah ilmu serta ...
04/06/2026

🐐 KURSUS PENTERNAKAN KAMBING AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 🐐

Minat dalam bidang penternakan? Ingin menambah ilmu serta kemahiran dalam industri ternakan kambing yang berpotensi menjana pendapatan?

Jom sertai Kursus Penternakan Kambing Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir yang akan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan ternakan, pemakanan, kesihatan ternakan serta amali di ladang bersama pengusaha berpengalaman.

πŸ“… 20 & 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis
πŸ‘₯ Terhad kepada 40 peserta sahaja

Antara pengisian menarik:
βœ… Pengenalan industri penternakan kambing
βœ… Pengurusan kandang dan baka ternakan
βœ… Teknik penghasilan silaj
βœ… Pengurusan kesihatan dan kawalan penyakit ternakan
βœ… Amali penternakan di tapak

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
Atau klik pautan ini:
https://forms.gle/t4am1Qr8iBM6jf1K9

Sebarang pertanyaan:
πŸ“ž 04-9793505 / 012-4236772 (Farhan Sahidan)

Rebut peluang untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran dan meneroka potensi keusahawanan dalam bidang penternakan kambing!

πŸ“’ SIARAN ULANGAN PENYERTAAN πŸ”₯ SLOT MASIH DIBUKA!πŸ”₯Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mempelawa pasukan-pasukan komunit...
03/06/2026

πŸ“’ SIARAN ULANGAN PENYERTAAN


πŸ”₯ SLOT MASIH DIBUKA!πŸ”₯

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mempelawa pasukan-pasukan komuniti, kelab, persatuan dan organisasi yang berminat untuk menyertai Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Perlis 2026.

⚽ Futsal (Lelaki)
β›ΉπŸΌβ€β™€οΈ Bola Jaring (Wanita)
🏐 Bola Tampar (Lelaki)

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kejohanan yang menjadi platform terbaik bagi menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan komuniti serta mencungkil bakat-bakat sukan di peringkat akar umbi.

πŸ“– Peraturan Am:
Peraturan Am LSK Perlis 2026
https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:af439f64-0e93-40d0-9dc8-308aaa49d0f9

πŸ“ Borang Pendaftaran:

⚽ Futsal (Lelaki)

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:b9a2029b-af8e-4d62-ba0a-ae5c96cd2601

β›ΉπŸΌβ€β™€οΈBola Jaring (Wanita)

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:ca622d80-6d6f-442c-b61e-3aeb4ab708e6

🏐 Bola Tampar (Lelaki)

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:c54ff5a0-bfc2-454c-921f-b0661095915c

πŸ“£ Cepat daftar sebelum slot penuh!
Ayuh semarakkan budaya sukan komuniti di Negeri Perlis! πŸ’₯



Taufiq Johari Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Mordi Bimol KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Address

Jalan Hospital
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Saturday 10:00 - 18:00

Telephone

04-9793505

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share