SMK DERMA Kangar Perlis

Ruang bicara, bersua dan bersemuka
utk apa sahaja yang bernama SMK Derma
Kemukakanlah idea-idea
Kongsikanlah cerita-cerita
kerana ianya hak kita bersama

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPs BAWAH 18 TAHUNHari pertama dan kedua bakal menyaksikan aksi sengit pasukan ...
13/06/2026

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPs BAWAH 18 TAHUN

Hari pertama dan kedua bakal menyaksikan aksi sengit pasukan terbaik berentap di tiga venue utama dengan penuh semangat kesukanan! ⚽πŸ’ͺ

πŸ“… 15 & 16 Jun 2026 (Isnin & Selasa)
πŸ“Œ Padang 1 - SMK Derma
πŸ“Œ Padang 2 - Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
πŸ“Œ Padang 3 - SMS Tuanku Syed Putra

Ayuh semua penyokong, pelajar dan peminat bola sepak! Datang beramai-ramai memberi sokongan dan sorakan padu untuk pasukan masing-masing! πŸ‘πŸ‘πŸ‘

πŸ”₯ β€œSorakan anda pembakar semangat pemain di padang!” πŸ”₯

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN DAN CABUTAN UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH...
12/06/2026

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN DAN CABUTAN UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERLIS TAHUN 2026

πŸ“… 9 Jun 2026 | Selasa
⏰ 3.00 petang
πŸ“Œ Bilik Wawasan, SMK Derma
⚽ Pengelola Kejohanan: SMK Derma

Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan dan sesi cabutan undian kumpulan telah berlangsung dengan lancar melibatkan kehadiran Pengerusi Teknik, Pengerusi Pengadil, Jawatankuasa Teknik Pertandingan serta pengurus-pengurus pasukan yang bertanding.

Sesi cabutan undian kumpulan telah disempurnakan oleh Tuan Noor Amin bin Ahmad, Timbalan Presiden PFA merangkap Pengerusi Alumni SMK Derma.

Semoga kejohanan yang bakal berlangsung berjalan dengan jayanya dalam semangat kesukanan, persaingan sihat dan ukhwah antara semua pasukan yang terlibat.

βš½πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPs 2026 (B18) πŸ†βš½Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) dan SMK Derma selaku pengelola kejohanan ...
12/06/2026

βš½πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPs 2026 (B18) πŸ†βš½

Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) dan SMK Derma selaku pengelola kejohanan kali ini dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran semua pasukan, pegawai dan penyokong ke Kejohanan Bola Sepak MSSPs 2026 Kategori Bawah 18 Tahun yang akan berlangsung pada:

πŸ“… 15, 16, 18 & 19 Jun 2026
πŸ“ SMK Derma, SMS Tuanku Syed Putra & Padang A Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Perlis
⚽ Majlis Perasmian Pembukaan jam 2.45 petang bertempat di Padang SMK Derma

Sebanyak 26 pasukan sekolah menengah seluruh Perlis akan berentap bagi merebut gelaran juara dalam suasana persaingan yang sihat, penuh semangat kesukanan dan perpaduan.

Ayuh bersama-sama memberi sokongan kepada atlet-atlet muda yang bakal mempamerkan bakat, disiplin dan semangat juang terbaik mereka di pentas MSSPs 2026.

Bersatu di Padang, Semangat Memacu Kecemerlangan! πŸ’ͺ⚽πŸ”₯

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026Warga sekolah telah meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2...
09/06/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026

Warga sekolah telah meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2026 dengan penuh meriah dan bermakna. Bertemakan "Block Colour", sambutan kali ini menyaksikan para guru dan warga sekolah tampil ceria dengan pakaian berwarna-warni yang menyerlahkan semangat kebersamaan, keceriaan dan keharmonian.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru atas dedikasi, komitmen dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa.

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa kalian sentiasa dikenang dan dihargai.πŸ’«πŸ’

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN HARI KOKURIKULUM SMK DERMA 2026Pada 21 Mei 2026, telah berlangsung dengan jayanya Hari Anuge...
09/06/2026

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN HARI KOKURIKULUM SMK DERMA 2026

Pada 21 Mei 2026, telah berlangsung dengan jayanya Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum SMK Derma 2026 yang merupakan acara tahunan bagi meraikan kecemerlangan akademik serta pencapaian kokurikulum para murid.

Majlis ini telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, yang berkenan mencemar duli dan menyempurnakan majlis.

Keberangkatan baginda merupakan satu penghormatan besar kepada seluruh warga SMK Derma dan menjadi pemangkin semangat kepada para murid untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Setinggi-tinggi junjungan kasih dan penghargaan diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis atas kesudian berangkat ke majlis ini.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah atas usaha, dedikasi dan kejayaan yang telah dicapai.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Derma must be number one πŸ’

08/06/2026




πŸ“PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 SMK DERMAπŸ’«
06/06/2026

πŸ“PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 SMK DERMAπŸ’«

PERTANDINGAN LOMPAT TALI SEMPENA PROGRAM FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLISπŸ“… 23 MEI 2026πŸ“Œ DARARA...
25/05/2026

PERTANDINGAN LOMPAT TALI
SEMPENA PROGRAM FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS

πŸ“… 23 MEI 2026
πŸ“Œ DARARAN LOK 9, KUALA PERLIS, PERLIS.

🎱 Anjuran: JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS

Pencapaian:

PEREMPUAN
- JOHAN kategori Fugure 8
- NAIB JOHAN kategori Long Rope Speed

LELAKI
- NAIB JOHAN kategori Figure 8
- NAIB JOHAN kategori Long Rope Speed

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserra Lompat Tali SMK Derma.


Address

SMK Derma, Jalan Penjara
Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK DERMA Kangar Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SMK DERMA Kangar Perlis:

Share