PLD Kangar U15 2025

PLD Kangar U15 2025 Team PLD Kangar U15 2025

Tahniah diucapkan kepada empat orang pemain dari PLD Kangar U15, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi yang telah terpil...
09/09/2025

Tahniah diucapkan kepada empat orang pemain dari PLD Kangar U15, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi yang telah terpilih mewakili MSSM Perlis Bawah 15 Tahun:
4. Muhamad Faris Ikhsan Bin Muhamad Azroy
5. Muhammad Haziq Bin Zaharin
6. Faris Anuar Bin Ismarizal
7. Muhammad Safwan Ridwan Bin Mohd Muslim

Semoga terus melakar kejayaan, memberi persembahan terbaik dan mengharumkan nama sekolah serta negeri Perlis di pentas kebangsaan. πŸ’ͺπŸ†βœ¨

πŸ₯‡βš½ Tahniah PLD Kangar U15! ⚽πŸ₯‡Pasukan PLD Kangar Bawah 15 Tahun telah muncul JUARA Piala Baiti Jannati Siri Ke-2 (U15) di...
31/08/2025

πŸ₯‡βš½ Tahniah PLD Kangar U15! ⚽πŸ₯‡

Pasukan PLD Kangar Bawah 15 Tahun telah muncul JUARA Piala Baiti Jannati Siri Ke-2 (U15) di Manjung, Perak! πŸŽ‰

Dengan rekod cemerlang πŸ‘‰ 4 kemenangan, 2 seri dan hanya 1 kekalahan, skuad muda ini membuktikan semangat juang tinggi serta kerjasama pasukan yang luar biasa. πŸ”₯πŸ’ͺ

Syabas & tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta barisan pengurusan atas usaha dan komitmen yang membuahkan hasil gemilang ini. πŸ™Œ

πŸ†βš½ PLD Kangar U15 dan U14 ke Manjung, Perak! βš½πŸ†Pasukan PLD Kangar Bawah 15 Tahun dan 14 Tahun akan berangkat ke Manjung,...
30/08/2025

πŸ†βš½ PLD Kangar U15 dan U14 ke Manjung, Perak! βš½πŸ†

Pasukan PLD Kangar Bawah 15 Tahun dan 14 Tahun akan berangkat ke Manjung, Perak bagi menyertai Piala Baiti Jannati Siri Ke-2 (U15) yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2025.

Semoga pasukan muda kita ini dapat memberikan persembahan terbaik serta membawa pulang pengalaman berharga dan keputusan yang membanggakan. πŸ’ͺπŸ”₯

Doakan kejayaan mereka! πŸ™Œ

Selamat berjuang pada semua pelatih u15 pld kangar yg mewakili sekolah masing2…bermula 21-23/7
18/07/2025

Selamat berjuang pada semua pelatih u15 pld kangar yg mewakili sekolah masing2…bermula 21-23/7

πŸ“£ Refresher Course NFDP Perlis 2025πŸ“… Tarikh: 26 - 28 Mei 2025πŸ“ Lokasi: MSN PerlisAlhamdulillah, Coach PLD Kangar berpelu...
28/05/2025

πŸ“£ Refresher Course NFDP Perlis 2025
πŸ“… Tarikh: 26 - 28 Mei 2025
πŸ“ Lokasi: MSN Perlis

Alhamdulillah, Coach PLD Kangar berpeluang menyertai Refresher Coach NFDP Perlis bersama barisan jurulatih dari seluruh negeri.

Program ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuh ilmu kejurulatihan, menyeragamkan pendekatan latihan dan berkongsi pengalaman demi pembangunan pemain muda di negeri Perlis.

Banyak input dan semangat baru dibawa pulang untuk dimanfaatkan dalam sesi latihan bersama skuad PLD Kangar. πŸ’ͺ⚽

Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Kita terus maju demi melahirkan bakat bola sepak akar umbi yang berkualiti! πŸ”₯

πŸ“£ TAHNIAH PLD KANGAR U15! πŸ†Pasukan PLD Kangar bawah 15 tahun telah menunjukkan aksi cemerlang dan berjaya merangkul temp...
24/05/2025

πŸ“£ TAHNIAH PLD KANGAR U15! πŸ†

Pasukan PLD Kangar bawah 15 tahun telah menunjukkan aksi cemerlang dan berjaya merangkul tempat kedua daripada 8 pasukan bertanding dalam kejohanan yang berlangsung di SMK Syed Alwi! πŸ’ͺπŸ”₯

Kejohanan ini bukan sahaja memperlihatkan semangat juang tinggi para pemain, tetapi juga kerjasama berpasukan yang luar biasa. Syabas kepada semua pemain, jurulatih dan pihak yang terlibat atas usaha dan komitmen yang hebat! πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Teruskan usaha, teruskan kecemerlangan!
PLD Kangar, terus mara! 🟑⚫

Perlawanan Persahabatan | PLD Kangar U15 vs SMKA Arau U17Satu perlawanan persahabatan telah berlangsung di padang SMKA A...
19/05/2025

Perlawanan Persahabatan | PLD Kangar U15 vs SMKA Arau U17

Satu perlawanan persahabatan telah berlangsung di padang SMKA Arau antara pasukan PLD Kangar U15 menentang tuan rumah SMKA Arau U17.

Keputusan penuh:
PLD Kangar U15 3 - 0 SMKA Arau U17

Syabas diucapkan kepada semua pemain atas semangat kesukanan yang tinggi dan aksi cemerlang di atas padang. Terima kasih juga kepada SMKA Arau atas layanan mesra sebagai tuan rumah. Semoga ukhuwah dan kerjasama terus terjalin erat melalui sukan!

Selamat Hari GuruKhas untuk semua guru dan coach di PLD Kangar U15,yang tidak hanya mengajar bola sepak, tetapi juga men...
16/05/2025

Selamat Hari Guru
Khas untuk semua guru dan coach di PLD Kangar U15,
yang tidak hanya mengajar bola sepak, tetapi juga mendidik semangat, disiplin, dan nilai persahabatan.

Terima kasih atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dan sokongan yang diberikan.
Kerana jasa dan pengorbanan kalian, kami bukan sahaja menjadi pemain yang lebih baik, malah insan yang lebih baik.

Teruskan memimpin dan menginspirasi generasi akan datang!

πŸ’›βš½

Perlawanan Persahabatan Berakhir dengan Kemenangan Bergaya!Tahniah kepada pasukan PLD Kangar U15 yang berjaya menewaskan...
19/04/2025

Perlawanan Persahabatan Berakhir dengan Kemenangan Bergaya!

Tahniah kepada pasukan PLD Kangar U15 yang berjaya menewaskan SSN Terengganu U14 dengan keputusan 4-3 dalam satu aksi persahabatan yang sengit dan penuh semangat juang!

Lebih manis, pasukan PLD Kangar U17 turut mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas SSN Terengganu U17!

Syabas kepada semua pemain dan jurulatih. Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi ke arah kejayaan yang lebih besar!

17/04/2025

PLD Kangar U15 Tetap Berlatih Walaupun Perlis Cuti!

Walaupun seluruh negeri Perlis bercuti sempena Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, semangat juang anak-anak muda PLD Kangar U15 tetap membara!

Latihan tetap diteruskan seperti biasa – demi meningkatkan prestasi dan mempersiapkan diri untuk kejohanan akan datang.
Disiplin, komitmen dan semangat pasukan ini wajar dijadikan contoh.

Tiada istilah cuti bila mengejar impian!
PLD Kangar U15 – Kami Sedia Berjuang!

PLD Kangar U15 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
30/03/2025

PLD Kangar U15 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada anak-anak PLD Kangar U15 kerana berjaya memenangi perlawanan persahabatan menen...
08/02/2025

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada anak-anak PLD Kangar U15 kerana berjaya memenangi perlawanan persahabatan menentang PLD Langkawi U15 dengan jaringan 2-0. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha dan meningkatkan prestasi pada masa akan datang. Teruskan berusaha dan berbakti! πŸ’ͺπŸ†

Address

SMK Syed Alwi
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLD Kangar U15 2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share