Official : Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

Official : Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra One of the best High Performance Schools in Malaysia The school is specialized in soccer, innovation and invention.

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra(English: Syed Putra Secondary Science School), (formerly known as Sekolah Menengah Sains Perlis) or SMSTSP is a premier and only boarding school Sekolah Berasrama Penuh located in Kangar, Perlis, Malaysia.The students bears the name SYED PUTRA. In 2010,the school was awarded with the Sekolah Berprestasi Tinggi or High Performance School[1] title, a title aw

arded to the 20 schools in Malaysia that have met stringent criteria including academic achievement, strength of alumni, international recognition, network and linkages.

KEJOHANAN KRIKET SEKOLAH BERASRAMA PENUH23 - 26 April 2026
24/04/2026

KEJOHANAN KRIKET SEKOLAH BERASRAMA PENUH
23 - 26 April 2026

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. Hari ini dan esok, akan berlangsungnya KEJOHANAN CATUR MSSPs di DEWAN SERI P...
08/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. Hari ini dan esok, akan berlangsungnya KEJOHANAN CATUR MSSPs di DEWAN SERI PULAI, SMSTSP

10/02/2026
๐Ÿ“ข *Penutupan Infaq Banjir 2025*โ€“ Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis.ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡...
28/11/2025

๐Ÿ“ข *Penutupan Infaq Banjir 2025*โ€“ Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis.

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
dan Salam Sejahtera

Untuk makluman semua, Tabung Infaq untuk *Banjir 2025* yang dibuka pada 26 Nov 2025 khusus untuk pelajar SPM dan warga SMSTSP yang terkesan dengan bencana banjir kini *DITUTUP* berkuatkuasa 28 Nov 2025, jam 12.30 tengahari.

Alhamdulillah, pihak PIBG dan warga SMSTSP merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa, rakan-rakan Alumni yang telah menyumbang untuk keperluan awal dan akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebajikan dan keperluan pelajar dan warga SMSTSP.

Untuk makluman semua, sejak dari awal bencara banjir berlaku, semua pihak khususnya pihak KPM, BSBP, JPN dan pegawai-pegawai sentiasa bersama pelajar-pelajar dan warga SMSTSP dalam menyalurkan bantuan dan sokongan dari aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar-pelajar dan warga SMSTSP melalui peruntukan kewangan, logistik, bantuan pemulihan emosi anak2 dan warga SMSTP sehinggalah anak2 kini ditempatkan di SBPI Kubang Pasu dengan fasiliti yang terbaik dan lebih kondusif InsyaAllah.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMSTSP kini dapat meneruskan sesi pembelajaran dan persediaan untuk peperiksaan SPM dalam sesuana yang lebih selesa dan sempurna.

Sehubungan itu, sekali lagi dimaklumkan bahawa *Tabung Infaq untuk tujuan ini DITUTUP.* Terima kasih atas sokongan dan sumbangan semua. Semoga amal jariah ini diberkati Allah.

Mohd Shukri Md Yatim
YDP PIBG SMSTSP
0122391334
28 Nov 2025
12.30 tengahari.

12.40 pagi | 26 November 2025 (Rabu)Terima kasih kepada Tuan Pengarah JPN Perlis yang turut hadir bersama pasukan APM da...
25/11/2025

12.40 pagi | 26 November 2025 (Rabu)

Terima kasih kepada Tuan Pengarah JPN Perlis yang turut hadir bersama pasukan APM dalam operasi membawa keluar murid-murid tingkatan 5 SMS Tuanku Syed Putra ke Matrikulasi Perlis ketika kawasan sekolah dinaiki air.

Kehadiran Tuan Pengarah pada waktu ini menunjukkan komitmen terhadap keselamatan pelajar dan membantu memastikan proses pemindahan berjalan teratur serta selamat.

Semoga semua anak-anak SMS TSP yang bakal menduduki SPM dipermudahkan urusan, diberikan ketenangan hati, kefahaman yang baik, serta kekuatan untuk menjawab setiap kertas dengan yakin.



๐Ÿ‰ HAYATO CUP 2025 โ€“ PASUKAN RUGBY SYED PUTRA ๐Ÿ’ช๐Ÿ’š๐Ÿ’ฅ Berjuang dengan jiwa, bermain dengan maruah!Anak-anak Putra turun ke pa...
12/11/2025

๐Ÿ‰ HAYATO CUP 2025 โ€“ PASUKAN RUGBY SYED PUTRA ๐Ÿ’ช๐Ÿ’š
๐Ÿ’ฅ Berjuang dengan jiwa, bermain dengan maruah!
Anak-anak Putra turun ke padang membawa semangat kesatria dan kebanggaan Perlis!
๐Ÿ”ฅ Once a Putra, Always a Fighter!

๐Ÿ† TAHNIAH SYED PUTRA RUGBY! ๐Ÿ‰๐Ÿ’šAlhamdulillah dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta ibu bapa atas kejayaan JUAR...
12/11/2025

๐Ÿ† TAHNIAH SYED PUTRA RUGBY! ๐Ÿ‰๐Ÿ’š
Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta ibu bapa atas kejayaan JUARA 3 TAHUN BERTURUT-TURUT!

Berikut ucapan daripada jurulatih pasukan:

โ€œAssalamualaikum wbt, alhamdulillah syukur kepada rezeki Allah kurniakan atas tekun usaha jaya anak-anak dalam sukan ragbi mewakili SYED PUTRAโ€ฆ

Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT dan saya, wakil daripada pihak pengurusan sekolah serta barisan jurulatih, mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan motivasi mematangkan anak-anak dalam membuat keputusan serta kebaikan. Alhamdulillah, terima kasih semua parent2 yang selalu membantu โ€” nadi utama pasukan โ€” bertungkus-lumus membelanjakan semua anak-anak ragbi petang tadi dengan 100plus, air oren, air epal dan buah-buahan. Terima kasih, semoga Allah SWT memberkati dan mempermudahkan segala urusan buat semua anak-anak dan parent2โ€ฆ ๐Ÿคฒ๐Ÿฅฐ

Alhamdulillah, tahun ini juga merupakan tahun ke-3 SYED PUTRA RUGBY menjadi juara! ๐Ÿคฒ๐Ÿ†๐Ÿ’šโ€

KEM LATIHAN PUSAT SUKAN KRIKET BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN KEBANGSAAN FASA 2 TAHUN 2025Syukur alhamdulillah, apabila dua or...
01/10/2025

KEM LATIHAN PUSAT SUKAN KRIKET BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN KEBANGSAAN FASA 2 TAHUN 2025

Syukur alhamdulillah, apabila dua orang pelajar berdedikasi daripada pasukan Kriket Perempuan SM Sains Tuanku Syed Putra sekali lagi telah terpilih mewakili negeri Perlis untuk menyertai Kem Latihan Pusat Bawah 15 Tahun Perempuan Kebangsaan Fasa-2 yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Malaysia bertempat di Bayuemas Cricket Oval, Klang, Selangor dari 26 September - 01 Oktober 2025 (Jumaat-Rabu).

Tahniah diucapkan kepada:
1. Farah Aleesya Binti Zainal Badri (3 Iltizam)
2. Mia Amani Binti Mohd Zairy Anuar (3 Iltizam)

Sebelum menamatkan kem latihan pusat ini, para peserta telah mendapat suntikan semangat daripada Ahmad Zubaidi bin Zulkifle, bintang kebangsaan yang membuktikan bahawa kejayaan tidak datang hanya dengan bakat semata-mata, tetapi dengan kerja keras, disiplin, dan kesedaran untuk terus belajar. Sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, beliau menekankan bahawa seorang pemain yang hebat bukan sahaja melakar kejayaan di padang, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam kehidupan.

Semoga sesi latihan ini memberi pengalaman yang bermakna dan berjaya buat mereka semua. Teruskan usaha untuk mencungkil bakat muda dan menyokong mereka mencapai kejayaan lebih tinggi! ๐Ÿ๐Ÿ’ช





Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid Bahasa Jepun batch Zealous atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan U...
29/09/2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid Bahasa Jepun batch Zealous atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2025๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ

Keputusan cemerlang ini merupakan pencapaian terbaik SMSTSP dalam peperiksaan UPBA Bahasa Jepun sejak tahun 2021 dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 1.61๐ŸŽฏ

Semoga semangat, usaha dan kecemerlangan ini diteruskan lagi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025๐Ÿฆพ๐Ÿฆพ๐Ÿฆพ




NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM (NKI) GENERASI MADANI SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 2025Tarikh: 23 -28 ...
29/09/2025

NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM (NKI) GENERASI MADANI SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 2025

Tarikh: 23 -28 SEPTEMBER 2025
Tempat: Sekolah Datoโ€™ Abdul Razak
Anjuran: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Peserta:
- Muhammad Ali Fatih Bin Muhammad Fairuz (4 Baiduri)
- Nurul Alia Binti Zambri (4 Cendekia)

Pencapaian:
1) Anugerah Emas
Amalan terbaik: Buku Pengurusan Badar
2) Anugerah Emas Pertandingan Dai BADAR
3) Anugerah Peserta Terbaik Kumpulan Kategori Perempuan- Nurul Alia Binti Zambri (4 Cendekia)


Alhamdulillah, we made it to the Grand Final of National ICT Security Discourse (NICTSeD) CyberSAFE Challenge Trophy 202...
08/09/2025

Alhamdulillah, we made it to the Grand Final of National ICT Security Discourse (NICTSeD) CyberSAFE Challenge Trophy 2025!

Congratulations to our participants - Siti Zulaikha, Ammar Ihsan and Nur Sara Amani - for such an amazing achievement!
Regardless of the results, we are proud of you, always!

We will represent Perlis to the Grand Final which will be held on 9th September 2025 at BSTP Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Stay tuned and watch us on NTV7 DidikTV beginning from 2 p.m. onwards!

note: We truly appreciate all the support, thank you so much everyone ๐ŸŒน๐Ÿ’

Jomโ€ฆ
14/08/2025

Jomโ€ฆ

Address

Behor Pulai
Kangar
01000

Telephone

6049760433

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Official : Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share