24/06/2026
*JOM SERTAI PROGRAM LOCAL AGENDA 21*
*PROGRAM KEHIJAUAN DAN PEMBERSIHAN PANTAI BUKIT BUBUS*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan dan menjayakan *Program Local Agenda 21: Program Kehijauan dan Pembersihan Pantai Bukit Bubus* yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 *Tarikh:* 27 Jun 2026
🗓️ *Hari:* Sabtu
📍 *Tempat:* Pantai Bukit Bubus, Besut
*Kawasan Paragliding Besut*
Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan:
✅ Pembersihan kawasan pantai
✅ Penanaman pokok
✅ Aktiviti komuniti dan kesedaran alam sekitar
Jom bersama-sama kita turun padang menjaga kebersihan pantai, menghijaukan kawasan rekreasi dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di daerah Besut.
✨ *E-sijil penyertaan disediakan*
🍽️ *Makanan disediakan*
🧤 *Alatan pembersihan dan penanaman turut disediakan*
Penyertaan anda amat dialu-alukan. Bawa keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat untuk sama-sama menjayakan program ini.
📌 *Daftar sekarang melalui pautan berikut:*
https://forms.gle/zjMEPMwK2LovMcVm7
Ayuh kita bersama-sama jadikan Pantai Bukit Bubus lebih bersih, hijau dan lestari!
*“Komuniti Prihatin, Pantai Lestari”*