08/02/2026
Keluar Sekejap bersiaran secara langsung dari Desaru Coast sempena Coastal Combat, membincangkan bagaimana sukan kini muncul sebagai antara pemacu utama pelancongan serta platform penting dalam memperkukuh penjenamaan Johor di peringkat antarabangsa.
Segmen Pertama
Tetamu jemputan ialah Muhammad Shahnaz Azmi, Presiden Persatuan Muaythai Malaysia. Beliau berkongsi perkembangan semasa sukan Muay Thai di Malaysia, penglibatan atlet antarabangsa dalam Coastal Combat, serta bagaimana penganjuran acara sebegini menyokong aspirasi Visit Johor 2026 dalam memposisikan Desaru Coast sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.
Segmen Kedua
Bersama Murray Aitken, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru Coast, perbincangan memfokuskan kepada peranan jenama hospitaliti antarabangsa dalam menyokong penganjuran acara global seperti IRONMAN 70.3 Desaru Coast dan World Amateur Golfers Championship.
Turut disentuh ialah kekuatan infrastruktur, fasiliti bertaraf antarabangsa serta kebolehcapaian Desaru Coast sebagai lokasi strategik bagi acara sukan dan MICE.
Keluar Sekejap bersiaran secara langsung dari Coastal Combat, Desaru Coast, membincangkan bagaimana sukan kini menjadi antara pemacu utama pelancongan serta ...