Belia Batu 14 Puchong

Belia Batu 14 Puchong segala aktiviti yang berlaku dan akan berlaku di Kampung Batu 14 Puchong akan di beritahu dalam page ini.

26/08/2026
26/08/2026
Ayuh belia semua.Kita penuh kan masjid
23/08/2026

Ayuh belia semua.Kita penuh kan masjid

🌙 SUBUH MACAM JUMAAT 🌙

🕌 Masjid Jamek Batu 14 Puchong

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)

🎙️ Penceramah Jemputan:
FAIZAL ISMAIL (FBI)

Ayuh kita bersama-sama hadir ke masjid, mengimarahkan Subuh Macam Jumaat dan menimba ilmu serta pengisian rohani bersama penceramah jemputan.

🤲 Jom hadir beramai-ramai!
Semoga langkah kita ke masjid menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

“Hidupkan Subuh, hidupkan masjid, hidupkan ummah.”

Live di tiktok Masjid Jamek Batu 14 Puchong

22/08/2026

Assalamualaikum wbt.
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mantan imam Masjid kita Muhammad Zaki Bin Zakaria.
Beliau telah meninggalkan kita semua untuk bertemu dengan penciptanya pada 22/8/2026 @ 1.27pm.
Semoga Allah swt menerima segala amalan nya dan mengampuni segala kesalahan nya..
Sebuah kehilangan yang amat di rasai oleh kita semua.
Tenanglah dikau di sana.
Semoga kita akan berjumpa lagi di syurga Allah swt suatu hari nanti..
In shaa Allah..

Arwah Imam Zaki mula berkhidmat sebagai Imam tetap di Masjid Jamek Batu 14 dari 2016-2025.
Bermula sebagai Imam Muda kemudian Imam 2 dan akhirnya Imam 1.

Moga Allah berikan syurga buat Muhammad Zaki bin Zakaria 🤲🏼.
Insan yg banyak mengajar Imam-Imam Muda kita di Masjid Jamek Batu 14.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

10/06/2026

Habis sesak kampung ku. Pembangunan yang pesat. Kampung ku di jadikan jalan pintas. Dalam hal ini nak salahkan siapa?

06/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir ke Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh:

USTAZ SYAMSUL DEBAT

🗓 Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu yang penuh manfaat ini. Semoga kehadiran kita diberkati dan memperoleh ilmu yang bermanfaat serta ganjaran daripada Allah SWT.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

“Majlis ilmu, medan menambah iman dan mendekatkan diri kepada Allah.”

Address

Kampung Baru Puchong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia Batu 14 Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share